Rumah Rehat

Salam semua!
Ada problem lagi!
Di backyard rumah BS, kawasan berbumbung. Dulu tak macam ni. Sekarang,nampak tak benda atas simen?
Kotoran burung!Kata jiran sebelah dia cuma dapat halau aje burung-burung tu. Larat ke selalu nak halau. Tengoklah kak, kotornya. Siapa punya angkara? Oh merpati empat sejoli dan kawan-kawan ye. Buat rumah rehat kat tempat teduh te. . Merpati siapalah ni?

?

Yours truly kenalah sental dan sental dan sental, sampai bersih. Sampai bila nak buat kerja gini?
Patutlah, tempat persinggahan untuk bertenggek, dekat dengan rumah. Ada tiang talipon. Kegemaran mereka lah tu. Nampak juga taburan nasi sejuk kat backyard jiran.(Tapi untuk kucing mendatang)
Jom kita atasi masalah. Nak pasang siling? Costly...Sambungan belakang umah jiran sebelah kanan dan dua belah lagi sebelah kiri, ada bumbung juga dan tak bersiling tapi merpati tak singgah pun. Oh merpati pandai pilih rumah rehat ye. Idea kreatif JY, buat macam ini ajelah, tinggikan tempat tenggek burung itu, cicah atap.Nampak tak benda putih tu bawah atap? Hopefully this will overcome the problem.Inilah hasilnya. Masalah kat bawah bumbung selesai. Merpati nampak puzzled. Tapi dia hinggap pula kat atas tiang(pillar).
Tunggu
tindakan seterusnya!

8 comments:

  1. Hi Cikgu.

    Rumah cikgu kat depan pangsapuri ITM tu ker? dulu we all duduk kat situ sebelum sambung 2nd year kat ITM shah Alam..Rugi tak kenal cikgu masa tu ( 1986-1987), otherwise boleh lambai-lambai cikgu kat beranda time petang2 after class...

    ReplyDelete
  2. Kesian! Kuatir juga kot2 merpati+najisnya tu bawa penyakit. Bila kakak saya berhenti buang lebihan makanan di belakang rumah, tak datang lagi macam2 burung yg sebelumnya banyak & kerap melawat. Boleh ke jiran2 buang lebihan makanan dlm tong saja? Ada yg kata, cari seekor yg sama jenis dgn pendatang, masukkan dlm sangkar (jail!) & gantung di tempat pendatang selalu hinggap. Depa akan takut kat sangkar-jail yg kurung gang depa tu. Cubalah ...

    ReplyDelete
  3. Sherry, Not exactly, but just a walking distance. Lambai-lambai kat cyberspace je lah.

    ReplyDelete
  4. Salam temuk,
    Kami bimbang itulah. Minta dijauhi Allah. TK atas petua. Jiran cuma buang sisa nasi sejuk bukan sisa lauk. Lorong belakang rumah memang kawasan terbang merpati. Agaknya ada orang bela.

    ReplyDelete
  5. Cikgu,
    Another pengenalan diri ni...suami saya anak Cikgu Azahar M.Ali. Biasanya rammai cikgu2 kenal my FIL ni. Ni yang kena behave, takut kantoi. he he..

    ReplyDelete
  6. jaga2 jgn sampai kotoran itu jatuh atas kereta.

    ReplyDelete
  7. Cen,
    InsyaAllah, kereta di porch depan rumah. Mujur tak jemur baju bawah bawah extension berbumbung tu. Rupanya problem burung ini dihadapi juga oleh jiran-jiran. Nampak mereka letak bag plastik diikat pada botol air mineral, dengan harapan burung takut kena tibas. Letak scarecrow lagi baik.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.