Kesabaran

Budak-budak kat BC cuti sekolah seminggu. Bolehlah balik Kuantan kejap, retreat.

Jam 8.30 pagi start dari rumah. Dari Melaka ikut highway ke Tangkak.....banyaknya kereta....laju-laju pula tu. Masing-masing nak balik kampung. Yalah, bila perayaan je tak kiralah cuti Tahun Baru Cina ke, Cuti Hari Raya ke, Deepavalli ke, Christmas ke, mesti jalan raya sibuk, jam. Orang kota balik kampung. Orang kampung jalan-jalan ke kota. Tambahan pula cuti hujung minggu yang panjang ini, ada majlis kahwin, budak-budak PLKN pun boleh balik. Tengok kereta laju-laju, saya ikutlah yang slow drive lane, alah yang 'ikut kiri jika anda tidak memotong', tapi ada sekali sekala speed juga, memotong dreber yang makan angin di highway. Tiba Tangkak, bandar kain ela, jam berapa, tak pasti.. Then shoot to Segamat. Ada pula lori, trailer, pandu sangatlah dekat dengan kereta kita. Eh, nak tunjuk terror atau dah terlambat atau ada emergency? Ini tak tahan ni. Kalau ikutkan hati nak drive slow aje. Tapi beri laluanlah, lagi selamat dan selesa kita drive.
10.15....As usual mesti RnR dulu kat Segamat, at my usual place, petrol station yang popular tu. Hai, kena Q lah nak ke the lady's! Teringat satu scene dalam cerita 'Seniman Bujang Lapok'. Ah ini memang satu ujian yang memerlukan kesabaran. Mana yang tak sabar tu, quit, cuba tempat lain. Rihat sampai jam 11.00 di station ini dan sambung journey. The traffic was heavy but smooth di Segamat-Kuantan highway. Tapi kan dah kata, bila drive, jarak kereta mesti jauh. Dah ada accident. Kereta 'cium' belakang kereta.
Sampai Muadzam Shah. Wah, sekarang ada pasaraya baru. Tunas Manja, pasaraya yang famous kat Kuantan, ada cawangan di sinilah. Nampaknya doing good business.
Sepanjang perjalanan dari Segamat ke Kuantan, kereta berderet. Naknya bila ada 'king of the road', yang kecil atau yang besar, nun di depan. Mula lah speed slow. Jadi mulalah acara potong memotong, overtaking. Tak ada operasi 'speed trap' ke?

About 1.30 selamat sampai di BS, Kuantan. 5 hours safe journey. Syukur. Sampai di rumah makanan telah disediakan, apa lagi gulai ikan patin!
Bila balik semula ke Melaka, nak join 'the mad crowd' ke?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.