Satu pagi di sebuah warung di JB. JY breakfast, makan Nasi Ambang. Di Melaka atau di Kuantan tak ada nasi ni. Ke mana-mana nasi lemak je. So this must be hidangan special orang-orang di JB. Asal usul? Jawa agaknya atau Singapura?
Nasi Ambang ni nasi biasa aje. Lauk pauknya, yang dihidang bersama (macam bungkusan nasi lemak) ialah serunding kelapa,ikan masin, ayam goreng dan sambal goreng. Agaknya kalau ada keropok, salad, timun, tentu lebih sedap, tak?
Oh ye, sambal gorengnya bukan sambal goreng yang saya fahamkan that is cili digoreng tetapi orang kata sambal goreng Singapura (atau Jawa?). Sambal goreng ini ada hirisan tempe, tauhu, kacang buncis, udang, cili merah, cili hijau, semuanya digoreng.
Nasi Ambang ni selalunya sebagai hidangan pagi sebab lauknya jenis yang memberi tenaga. Munkin makanan pagi pekerja-pekerja ladang yang perlu menggunakan banyak tenaga.
Nanti nak cuba buatlah nasi ambang...
Teringat pula lagu favourite "Di Ambang Sore" nyanyian Ahmad Jais.
Setahu saya masih ada masyarakat Jawa yang menghidangkan nasi ambeng (dieja dgn "e" bertanda di atas) di Batu Pahat. Contohnya masa kenduri dapat anak. Satu hidang 4 orang. Makan utk rasa sahaja, sebab sebenarnya makanan yang dihidangkan adalah utk dibahagi2 & masing2 akan pack bawa balik (sekarang disediakan polistrin & beg plastik). Kalau lauk ayam, biasanya ayam juga sudah siap dipotong2. Dulu2, guna ayam panggang & terpulang kpd jemputan cara nak bagi2!Kot tengok pada gambar yg ada tu, entahlah ye, boleh ke tu dipanggil nasik ambeng? ... Lagu2 Ahmad Jais memang sedap didengar, termasuklah Di Ambang Sore, yg masih biasa diperdengarkan oleh stesyen radio Irama Klasik.
ReplyDeleteTerima kasih, temuk.(sorry tak tahu nama sebenar). Yang dalam imej tu dibungkus, macam nasi lemak, sebagai sarapan, sudah dipermudahkan, tapi tetap ada serunding kelapa dan sambal goreng serta ikan masin, semestinya lauk utama nasi ambeng.
ReplyDelete