Dalam pasu ada bunga

Walaupun tak banyak, 
kembang-kembang ini tetap menggembirakan
.si kerak nasi harum baunya, berbunga sekian lama menunggu
.bunga raya putih, tahan sehari saje
apa nama bunga ni? lupa saya. Ada yang putih ,bila nak dapat yang merah?
bunga raya lagi, yang merah jambu, berlapis, tahan sehari aje. rajin berbunga
Ros merah kampung
.Cempaka yang kehijau-hijauan, wangi juga
spider lily
melur vietnam, kata mereka, tak wangi macam melur malaysia, rajin juga berbunga putih comel
Bunga raya lagi. Suka warnanya,, kejinggaan
sabar menunggu orkid berbunga, tak tau namanya
ros merah  kalau betul layanan, rajin berbunga

Semua pokok bunga saya ditanam dalam pasu,
Mudah di alih, disusun, ubah-ubah tempat.
Yang ringan-ringan aje boleh diangkat,

Sejuk hati bila lihat kembang menjadi
Pantang saya ke nurseri,
Takut-takut nak tambah si kembang lagi.

8 comments:

  1. Assallamualaikum Hajjah,
    Kerak nasi dah berbunga..dan akan berbunga lagi. yang warna putih tu(kat rumah mama nadz warna merah) di sebut drunken sailor( harapnya betul lah nama tu).
    Kat tempat mama cempaka kehijauan tu kami sebut kenanga. lain tempat lain namanya mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadz.
      'kerak nasi' dipanggil juga 'kesidang'. Yang 'drunken sailor' pula 'hoya-hoya'( Ada dalam posting 'Nukilan') Ada juga 'kenanga' kuning. Saya tunggu pokok 'cempaka' saya berbunga. Agaknya perlu pasu lebih besar.Terima kasih nadz.

      Delete
  2. Salam Hjh,

    Saya juga suka menanam pokok2 bunga tapi jarang bebunga..
    Jenuh buh baja, semuanya mabuk daun..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MM,
      Macam pokok kerak nasi saya, lama tunggu, buh baja, without fail, tak mau berbunga. Last-last dia berbunga juga. Satu masa dulu ada juga saya tanam pokok bunga kertas. Bubuh baja, letak bawah panas matahari, siram air, tak mau berbunga, dia mabuk daun. Saya give up. Terima kasih MM

      Delete
  3. Salam cukgu

    Wah banyaknya bunga dia, semua saya tak ada kecuali bunga kerak nasi( saya panggil kesidang)
    Bunga lambang utk melakakan?
    Hari tu baru cikgu cerita dia belum berbunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,
      Kesidang dah lama tanam, tak mau berbunga.Saya hampir nak buang. Lama-lama dia berbunga, taklah lebat sangat, sekarang banyak pula semut. Dah saya letak serbuk ubat semut. Begitulah, kesidang bunga lambang melaka,

      Delete
  4. wah.. bunga2 berkembangan. Bunga2 saya terbantut buat sementara waktu ni sebab orang yang nak melayannya asek sibuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hajah,
      Bunga berkembang pun ikut suka dia, hajah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.