Catatan Khamis

Hari ini, Khamis.
Saya terfikir untuk jadikan hari ini, hari cuci-cuci...house cleaning.
Kita tak ada pembantu rumah. Kita tak ada bibik.
Sendiri lah kena buat kerja bersih rumah,
Nak buat hari-hari tak larat....
Apa kata,setiap Khamis, seminggu sekali,. kita kerja habis-habisan.
Kalau ada pembantu rumah, bibik, hari-hari kerja dia lah, kan?

Pagi ini rutin  ke laman ditangguh. Tak  siram pokok-pokok, tak sapu dataran
Mula-mula tugas pagi, beri makan ikan koi, letak tong sampah besar di luar rumah (hari ini majlis angkut sampah)
Time orang ke tempat kerja, ke sekolah, ke pejabat, saya dah pegang penyapu....
menyapu porch rumah, menyapu ruang rihat di luar rumah (hari lain sapu juga kalau kotor)
Kakak ada kelas pagi ini. Ruang belajar mesti bersih, mesti kemas, mesti harum.
Lepas menyapu, mop pula.Kalau kotor teramat, cuci dan berus.
(Okey, hari ini porch tak kotor, sapu aje dan mop.)
Lepas tu, sapu pula dalam rumah, bahagian belakang dan dapur. (vakum kan mudah?)
Buang habuk kipas kaki (banyaknya!)
Lantai dah bersih , mop lagi, harum bau pencuci lantai!!
Kemudian,
Basuh kain lap kaki (towel-towel lama kitar semula)
Tapi guna mesin pembasuh dah
Sambil tu, cuci bilik air (ada dua buah).
Layan pula baju-baju kotor......cuci,
Jemur (beberapa hari yang lalu, cuaca tidak mengizinkan).
Masak?
Tak masak, hari Khamis, InsyaAllah, cuti makan.

Jam dah 11.00 pagi...layan 'rumah' kawan-kawan blogger,
Sempat singgah beberapa 'rumah'
12.00 th..layan drama Korea 107 , baru episode ke 2
1.30 lagi layan drama Korea bertema keluarga, 391
(ye, saya ni suka ikut drama Korea, pengaruh budak-budak rumah inilah, tetapi pilih tema tertentu aje)
Kain jemuran dah kering...angkat dan terus lipat atau seterika. Tak bertangguh.

Lepas tunaikan yang wajib,
Update posting, yang ini lah, catatan separuh hari Khamis,
Hari cuci-cuci, house keeping, housework, house cleaning
Petang nanti, ke laman, kita nak layan pokok-pokok tanaman pula, sapu daun-daun kering, beri ikan koi makan.
Apa lagi agenda hari ini?
Sambung baca buku,
...............,
...............,

"Nek Lang, ada laksa melaka" Iman balik dari sekolah bawa bekal
Syukur, Alhamdulillah'
Ada rezeki Laksa Nyonya,
untuk makan dinner nanti.

Tunggu malam......




.

5 comments:

  1. detail betul catitannya!

    -azlan

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu, saya im pernah ngajar di smkjp. 2005 dulu kita sesama ke beijing kan. Insyaallah, 21 march ni, dgn kakwan maimun dan kak ramlah akan ronda2 seoul pulok!

    ReplyDelete
  3. Cg,
    Salam. Tolong perkenalkan diri cg, boleh? Seronoknya ronda-ronda di Seoul. Saya dah pergi Seoul pada 2003 dulu.Lama dah. Jangan lupa Annyeong dan Ghamsahamnidah!

    ReplyDelete
  4. Salam

    Rajinnya cikgu! saya pun nak buatlah...tapi saya buat sikit je, tak de lah sampai berkilat sana sini.
    Kenapa ya satu dunai suka cerita korea?sy pun ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sikit aje Ju, tak juga berkilat, bersih adalah.Ju pun ikut drama Korea ye? Boleh pandai berbahasa Korea tau kalau tekun ikut!!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.