Kisah dia

Apa dia buat cuti Sem yang baru lalu?

Khamis pagi, hantar Kak Nana berkursus di Hotel Pantai Puteri
Dia buat tinjauan
oh ada swimming pool. bestnya!!
Dalam hati ada simpan...
Jom kita seberang ke Pantai Puteri
Ah, ada kumpulan berbasikal dari Bukit Rambai

Abang,boleh pinjam basikal?
Lalu, dia pun  berbasikal keliling Dataran Pantai Puteri
Basikal besar, tinggi tapi
dia dapat 'balance' walaupun kaki tak berapa nak capai 'pedal'

Puas bermain,
 Nek Lang bawa dia singgah di Dataran Pantai Klebang
Nak tengok kapal selam?
Tak nak, nak layang-layang.
Main layang-layang bawah bimbingan Tok Lang
Angin tak ada, layang-layang tak berapa nak melayang
Nak main air kejap.

Esoknya pula
ke Taman Merdeka dekat A Famosa
Orang Melaka nak naik beca pusing-pusing
sekitar kawasan bersejarah
Beca berbunga lebat!
 Tunggu jam 10 pagi.
Nak naik ini pula,
RM10 untuk 10 minit.....sesekali boleh lah!
Apa nama nya?
Jaga-jaga jangan langgar
Smooth ride round the track

Esoknya
ke Hotel Pantai Puteri sekali lagi  Kak Nana tamat kursus.
Mula-mula sarapan, cornflakes n nasi lemak sama jus
 lepas tu apa lagi,
pantang lihat kolam renang.
SPLASH
Itulah kisah dia cuti sem yang lalu
Suka bila Tok Lang dan Nek Lang layan...
 

6 comments:

  1. Salam

    Hebat betul layanan utk sikecik tu!
    Penuh aktiviti, kita yg tgk pun suka.

    ReplyDelete
  2. salam kak hajah. Saya dulu kekecik takde pun dapat main macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hajah
      Yelah hajah kita main permainan sezaman dengan kita kan.

      Delete
  3. Salam bahagia
    Cantiknya basikal yang si cucu tunggangi tu. Teringat pula basikal 'Rajah' bersaiz besar kepunyaan sendiri bila bersekolah di Kg Pandan. Memang seboleh-bolehnya tak mahu beri rakan-rakan perempuan lihat, apa lagi kak uni dgn adiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Temuk,
      Ingat basikal Raleigh, tergambar masa sekolah dulu ye? Mengapalah saya tak nampak Temuk kayuh basikal waktu itu?

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.