Menu mudah

Sudah beberapa hari menu mudah ini disediakan untuk makan tengahari dan malam.
Atas permintaan bos

Sayur masak tumis air
Sayur mesti yang  berdaun seperti bayam, lobak cina
Taugeh. kacang panjang, kobis  tak suka.
Ikan goreng kunyit seperti ikan parang atau ikan kecik-kecik goreng garing (macam keropok)
Sesekali ada juga goreng ayam kunyit
Sambal belacan mesti ada!
Cilinya , cili padi.
Air? Air barli dimasak dengan gula batu dan daun pandan
Kurang manis ye!

Sekarang, 
Dia kurangkan  makan  masak asam pedas,
Elakkan masakan berlemak,
sup tulang dan daging.
Mahupun teh tarik kurang manis!

Al maklum...alahai!
Senanglah saya.


10 comments:

  1. Salam,

    Jaga pemakanan InshaAllah sihatlah badan.

    ReplyDelete
  2. salam hajah..masalahnya makanan melayu ni, yang sedap tu la yang tak berapa nak sihat.heheheh

    *tengah bygkan idup tanpa makan cili..ahhhh.tension!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PB,
      Tengok ajelah menu sarapan orang kita, kebanyakannya ( atau semua) berlemak, berminyak. Orang lain makan bubur, oat, roti dan lain yang sekumpulan dengannya. Take care PB.

      Delete
  3. Salam cikgu

    InsyaAllah akan ikut yg baik2.
    Saya suka kubis tapi suami suka taugeh...
    saya selalu lupa ttg makan2 makanan berminyak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,
      Bila dah 'emas-emas' ni, makanan kena hati-hati, Ju.

      Delete
  4. Assallamualaikum Hjh,
    Sebenarnya Saya pun suka menu simple macam tu. Kalau ingin berselera mahu tambah ulaman cekur atau bunga2 lengkuas..suka sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nadz,
      Sedapkan makanan yangmenu simple, makan pula panas-panas.

      Delete
  5. As-salam Hjh Nora
    Wah, wah, senanglah kita, makin senang dalam menjaga. Sekarang, memang juadah yang simple yang lebih memberi keselesaan kepada perut, poket, hati dan perasaan kita semua. Memang bagus!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.