Tepi pagar, ada bunga

Pada mulanya pasu besau ini hanya ada
pokok yang daunnya bentuk kipas
(taktau den namonya).
Kemudian, datang pula sipenumpang
'Birds' Nest a.k.a Pokok Langsuir.
Biarlah dia tumpang, lagi cantik .
Lama-lama datang pula
si anggerek hutan, liar, yang suka menumpang.
Biarkan, biarkan 
satu hari nanti mesti berbunga!
Hai, nampaknya jadi 3 dalam 1.
Pasu besau semakin sempit.
Pagi tadi, saya nampak
Si anggerek hutan sudah berbunga
Kuntum-kuntum comel, putih, harum pula tu
Berderet dia tepi pagar.
Tak dijaga, dia berbunga.

Kemunting cina berwarna putih
di sudut tepi pagar
 pokok herba
pasak bumi pun tepi pagar

Kesimpulannya,
tepi pagar, ada bunga
pandai-pandailah jaga diri.

10 comments:

  1. As salam Hajah,
    Pokok palma tu rasanya rhapis excelsa. Palma tu mcm pokok palas tp bersaiz kecil. Anggerik hutan tu adalah orkid merpati. Bunganya mekar hany sehari tp baunya sgt harum. Bunting pada bhgn pangkal pokok ada guna sbg perubtan tradisional.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam kenal...

    Pandai pulak pokok tu jaga diri...semuanya berbunga..pkok anggerik saya pun macm tu...kalau tak dijaga, mmng keluar bunga..tapi kalau kita belai...tak keluar2 pun bunga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MulutPayau,
      Pokok-pokok tu tak dibela, memang pandai dia jaga diri. Betul kata anda, kalau selalu dimanja, tak nak berbunga. Sudah ditentukan!

      Delete
  3. sy memang angin sangat dengak pokok2 ni..yg kita jaga betul2, mcm2 pnyakit ada..yg rumput lalang yg tak dibela tu, sihat walafiat la sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabarlah, Pen Biru, Kalau gitu, biarkan dia tumbuh sendiri. Kita kemas2 dan bersih2kan aje kawasan.

      Delete
  4. Salam cikgu

    Cantiknya, saya berkenan dgn anggerik tu. Lama tak tgk, dulu selalu nampak di celah2 pokok kelapa.
    Pasak bumi, selalu dgr nama..tapi baru ni tau.
    ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,
      Tapi bunga orkid hutan kembang sehari aje. Hari ini dah tak ade. Pasak bumi tu tumbuh liar di celah-celah simen retak. Salam bahagia.

      Delete
  5. Assallamualaikum Hjh,
    pokok palma tu, saya sebut'monkey palm je'Kat rumah saya ada juga sepasu, dan pokok pasak bumi tu , memang pokok herba yg bagus ,di sini kami sebut okok cerita. lain tempat lain sebutan agaknya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.