Hijau tunggu merah

Kecil-kecil berbaju hijau,
Bila besar berbaju merah,
Cuba teka...apa itu?

Pokok sudah berbuah, baru tiga biji. Sudah 'excited'
kalau ada kebun cili, bagaimana rasanya bila pokok menjadii
Masih hijau, tak mau petik dulu,
tunggu dia ganti baju merah!

Ada saya baca kita boleh buat sendiri racun serangga, kawal  penyakit reput pokok cili
 dari bahan-bahan di dapur.
Kita boleh buat bahan larutan stok

Peyediaan
1 liter air
1 susu besar minyak masak/minyak sayur
1 sudu besar sabun basuh (yang cecair)
4-6 ulas bawang putih

Langkah-langkah:
Masukkan minyak masak dan sabun ke dalam air 1 liter
Tumbuk bawang putih danmasukkan ke dalam larutan
Kacau, tapis
Untuk penyemburan. campurkan 1 bahagian larutan dengan 4 bahagian air.

Saya dah cuba,
Tunggu dan lihat!!
Anda tahu cara-cara lain untuk buat racun serangga
bagi serangan yang jenis mengunyah dan jenis menghisap?
Boleh kongsi tak?
Nak senang beli aje yang dah sedia  ada di nurseri, kan mudah!

Wah! pokok-pokok cili yang lain dah mula berbunga
Tak lama lagi cili berbaju hijau akan muncul.

6 comments:

  1. Saya pernah dgr cara buat racun tu, tapi tak pernah buat.
    Suka tgk pokok2 yg kita tanam mendatangkan hasil.
    Pagi2 mengadap pokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ju,
      Saya dapat bahan itu sewaktu browsing cari bahan gardening. Ju juga suka berkebun? Saya sedih jika tanaman tak menjadi :(

      Delete
  2. hehehehhe...
    kak hajah nora...
    teringat saya masa budak2 dulu tanam cili merah keluar cili hijau...
    heran saya mengapa tanam cili merah yg keluar cili hijau...?????
    dalam dok memikir2... cili hijau jadi cili merah..
    baru saya faham... :)

    ReplyDelete
  3. Salam Hjh Nora
    Wah, dah keluar hasil, seronoknya! Cili saya (dalam beg plastik) pun baru berbuah. Nak papar bila sudah ada buahnya yang masak. Seorang kawan mengajar saya menggunakan daun sirih Melayu (+- 10 helai) diramas-ramas dalam 1 liter air. Tapis. Gunakan airnya untuk menyembur perosak.

    Yang rajin serang daun cili saya (sebelah bawah daun) bernama "bina putih". Memang mati kena semburan, tapi kerabatnya cepat datang, serang daun-daun lain pula. Dek geram, saya cari saja daun-daun yang jadi mangsa dan buang. Cara cepat basmi perosak. Tapi kalau banyak sangat daun dibuang, tinggallah pokok tanpa berdaun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun biarkan di pokok.Kot mungkin menjadi penggiat pada yang lain. Si cik bina putih memang suka menyerang daun-daun tanaman saya juga. Sembur racun pun dia datang lagi. Terima kasih kerana memberi petua mengguna daun sirih. Ada juga yang tabur kulit bawang. Setelah kupas bawang, taburkan kulitnya ke tanah keliling tanaman.Pokok tanpa berdaun, pokok togel! Hi, hi.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.