Baiknya hati

Hello, this is my third posting for the day. Nak share juga. Tadi di car park ECMall, the area to the back of the building, I found a problem to reverse and move my car out from the parking lot. The area is narrow lane and if there is no car parked behind those in the parking lot, reversing will be a breeze. But some mamat or chu kang or whoever simply make life difficult for others especially me lah, the helpless one. I had to reverse, move forward and stopped to let cars behind passed by. Macam mana nak keluar ni? Kereta sebelah kanan dan kiri dekat pula tu. Takut ter'bang' pula. Belakang pula kereta dekat. Macam mana ni? Help Allah. I punya berdoa and berdoa (thanks Angah for the doa, it really works, dapat parking lot to pun baca doa tu lah)). A sweet young lady with mother and siblings (Malay family)had just parked her car two lots away from mine. They were about to to go to the building when they noticed "Oh a makcik needs help'. They stopped and the sweet young lady(with a sweet smile) directed me to ' gostan, depan, gostan, depan' and finally.....thumbs up for the family. I was so happy, God has answered my doa. Alhamdullillah. To the kind hearted family, Allah sahaja yang balas budi baik puan sekeluarga. Ameen.


Anna and the....

I haven't seen her for over 10 years.She owns this boutiqueShe was, once upon a time, my tailor
Anna: Cikgu, singgahlah bila balik Kuantan, jangan tunggu 10 tahun lagi

Udang goreng berlado

My favourite, hot from the wok (kuali dah...)

Rumah Rehat

Salam semua!
Ada problem lagi!
Di backyard rumah BS, kawasan berbumbung. Dulu tak macam ni. Sekarang,nampak tak benda atas simen?
Kotoran burung!Kata jiran sebelah dia cuma dapat halau aje burung-burung tu. Larat ke selalu nak halau. Tengoklah kak, kotornya. Siapa punya angkara? Oh merpati empat sejoli dan kawan-kawan ye. Buat rumah rehat kat tempat teduh te. . Merpati siapalah ni?

?

Yours truly kenalah sental dan sental dan sental, sampai bersih. Sampai bila nak buat kerja gini?
Patutlah, tempat persinggahan untuk bertenggek, dekat dengan rumah. Ada tiang talipon. Kegemaran mereka lah tu. Nampak juga taburan nasi sejuk kat backyard jiran.(Tapi untuk kucing mendatang)
Jom kita atasi masalah. Nak pasang siling? Costly...Sambungan belakang umah jiran sebelah kanan dan dua belah lagi sebelah kiri, ada bumbung juga dan tak bersiling tapi merpati tak singgah pun. Oh merpati pandai pilih rumah rehat ye. Idea kreatif JY, buat macam ini ajelah, tinggikan tempat tenggek burung itu, cicah atap.Nampak tak benda putih tu bawah atap? Hopefully this will overcome the problem.Inilah hasilnya. Masalah kat bawah bumbung selesai. Merpati nampak puzzled. Tapi dia hinggap pula kat atas tiang(pillar).
Tunggu
tindakan seterusnya!

Atas permintaan

Semalam:
"Tengahari ni makan nasi ambang," was the request,
"Sorry, esok je lah. Nanti tengahari dah janji dengan Fauzeyah keluar lunch" was the reply.
Kesihan pula....

Pagi tadi:
"Okey, this morning I'll go to T*na* Ma*j* to get the sayur and abang ke market beli ayam dan cili padi".( Note: JY ada was-was ayam yang dijual di supermarket tu).
So I went to the said supermart at 9.00. Lah, belum prepare lagi, belum siap. Maybe too early but the customers already there. Balik rumah, tunggu nak ke pasar. But JY ter'hooked' kat Channel StarSports nya. 11.30 baru ke pasar. Di pasar banyak gera
i tutup, agak lengang juga.JY ke bahagian basah, saya ke bahagian kering.

Tengahari:
"Today we have late lunch okey." Tak ape, asal dapat tengok tennis. So yours truly berperanglah di dapur. Sistematik oh. Mula-mula persediaan. Siapkan bahan-bahan untuk Sambal Goreng Jawa dulu. Put aside. Then siapkan pula bahan unt
uk buat serunding kelapa. Keep aside. Get ready the bahan-bahan untuk sambal belacan.Bersihkan ikan kering. Bersihkan udang (besar-besar nya!!) Bersihkan ayam dan perapkan dengan halia dan kunyit. Eh ada rangka ayam dan ikan kembung? Oh untuk esok pula. Dah set menu untuk esok?

Siap semua, barulah step seterusnya, memasak, nasi dan special menu for the day. Masa berjalan. Kemudian I buat an appeal, "Boleh tolong tak tumbuk sambal belacan" sebab dah lambat almost 2.30. Terpaksa korban tennis kejap . Siap sambal belacan.


Step ketiga : mengemas dan membasuh pinggan, tapisan, sudu-sudu, and whatever. Lap dapur, sapu lantai, set the table. Itu belum mop lantai lagi.


Ini dia yang di siapkan.

3.00pm : makan time. Menu Khas: Nasi Ambang as promised, makan lewat pun tak apa.
Me : Bagaimana rasanya?
Him : Sedap. Kat Kelantan ada nasi kerabu, orang Jawa ada nasi ambang. Nanti kita balik BP kita masak ni.
Me : Alah, orang kat BP lagi pandai.
Him: Alhamdullillah, kenyang.

Mengemas lagi. Tangan pijar.....cuci cili padi tadi...aduh....panasnya.
Esok dengarnya permintaan 'Masak asam Melaka'. Hentam saje lah!



DYA

Bangunan yang tersergam tinggi ini ialah Kompleks Teruntum. Inilah shopping complex pertama orang di Kuantan. Dengar kata, kalau ada pemaju hendak bina bangunan, bangunan tersebut tidak boleh melebihi ketinggi kompleks ini. Punyalah megah bangunan ini as if to say "I'm the tallest of them all''. Pagi tadi saya ke Kompleks Teruntum bersama Hjh Fauzeyah, Pengetua bersara dan sahabat saya. Bukan nak shopping (tak ada yang menarik pun) tetapi pergi menjengok sebuah Spa yang diusaha oleh anak saudara Hjh Fauzeyah, Siti Saadiah (saya panggil dia , Yah)

Inilah dia Dya Beauty and Spa yang baru berusia 2 bulan. Actually, we can catagorised it as 'mini Spa'. Siti Saadiah binti Sheikh Omar ini dah lama berminat dalam bidang beauty- beauty ni. Sebelum berani buka Spa sendiri, Siti Saadiah buat secara mobile di rumah, kawan-kawan panggil, dia pergilah ke rumah kawanya itu buat facial, urut. Actually she's a full time housewife, with three kids, all school going age, tapi angan-angan dan cita-cita itu lama terpendam. Pernah jadi mak andam solek-menyolek pengantin. Pengalaman banyak, kawan-kawan ramai, peluang belum ada. Kursus banyak telah dihadiri dan terbaru Kursus Kecantikan SPA dan Urut Tradisional anjuran kerajaan di bawah Program Basmi Kemiskinan selama 3 bulan di Kolej Komuniti. Dengan sokongan suami dan keluarga, siapa lagi, mak dan aunty Fauzeyah dia lah,akhirnya dapatlah Yah bukalah Spa DYA ini.
Ini dia Dya sedang melayan client semasa kami di salon dia pagi tadi.

Saya : Yah, boleh Kak Nora ambil gambar?
Yah : Boleh.
Saya: Dik. akak ambil gambar ye?
Adik: Tak nak lah, malu.
Saya : Tak pe lah, orang tak kenal pun.

Well, Siti Sa'adiah (sebutan macam Ahmad Daud panggil 'Sa'adiah') all the best to you, good luck, semoga cita-cita untuk menadi usahawan berjaya, tercapai.
SPA Q jadi inspirasi ke?

Kesihannya

Dah past midnight. But my eyes are still wide awake! I shouldn't have taken the teh tarik. And I had been blog hopping all these hours, since 10 pm. Kesihannya aku...(self pity, uggh)
Another kesihan is for JY. This morning he had to solve this 'creative' problem. Yes, you have to have a creative mind to solve problems, out of the box, sometimes. One of the mini little screws that attached the rim of his glasses was missing and of course giving way to the lens. So what he did, temporary, was tied the rims with a black thread (tak boleh notice punya) Tak kesihan tu? Since it's CNY, his favourite kedai cermin mata was closed. There are a few kedai cermin mata Melayu. So we drove to one of them . One lady took care of the rim problem. And glasses fixed, ready.

JY : Berapa towkay?
Lady Boss: Emmm RM2.00

Dalam kereta
JY : Kalau kat kedai (so and so).........free aje. Ini sampai RM2.00
Me : Business sekarang kuranglah, bang. Even a small service kena charge.

What? 12.40 pm!!! Must go to bed now!!!

Ahad yang sejuk

Pagi ini cuaca di Kuantan sejuk, hujan dan berangin. Hidung berair i.e. selesema.

Nak tengok TV tak dapat. Somebody is watching Star Sports, ada tennis tournament, live. Kalau kat BC, si Iddin control channel Ceria, sini Tok Lang dia pula.

Sunday papers dah habis baca, gossip pun dah habis cover, nak masak, sorry no mood. Boring ke? Tak lah, dah biasa. Betul-betul rihat. Update blog lah, tukar-tukar template, hop sana sini.

Ada pula jemputan kenduri kesyukuran tengahari nanti di Beserah. Nak pergi ke tak dalam keadaan mendung dan sejuk ini? Hope my nose kering by then dan boleh pergi makan-makan dan jumpa kawan-kawan.

-------------------------------------------
Malam
Felt so sleepy. After Mahgrib prayers, took a short nap. The short nap turned to be a long one, woke up at about 10. Must be the nasi lemak I took!

Kesabaran

Budak-budak kat BC cuti sekolah seminggu. Bolehlah balik Kuantan kejap, retreat.

Jam 8.30 pagi start dari rumah. Dari Melaka ikut highway ke Tangkak.....banyaknya kereta....laju-laju pula tu. Masing-masing nak balik kampung. Yalah, bila perayaan je tak kiralah cuti Tahun Baru Cina ke, Cuti Hari Raya ke, Deepavalli ke, Christmas ke, mesti jalan raya sibuk, jam. Orang kota balik kampung. Orang kampung jalan-jalan ke kota. Tambahan pula cuti hujung minggu yang panjang ini, ada majlis kahwin, budak-budak PLKN pun boleh balik. Tengok kereta laju-laju, saya ikutlah yang slow drive lane, alah yang 'ikut kiri jika anda tidak memotong', tapi ada sekali sekala speed juga, memotong dreber yang makan angin di highway. Tiba Tangkak, bandar kain ela, jam berapa, tak pasti.. Then shoot to Segamat. Ada pula lori, trailer, pandu sangatlah dekat dengan kereta kita. Eh, nak tunjuk terror atau dah terlambat atau ada emergency? Ini tak tahan ni. Kalau ikutkan hati nak drive slow aje. Tapi beri laluanlah, lagi selamat dan selesa kita drive.
10.15....As usual mesti RnR dulu kat Segamat, at my usual place, petrol station yang popular tu. Hai, kena Q lah nak ke the lady's! Teringat satu scene dalam cerita 'Seniman Bujang Lapok'. Ah ini memang satu ujian yang memerlukan kesabaran. Mana yang tak sabar tu, quit, cuba tempat lain. Rihat sampai jam 11.00 di station ini dan sambung journey. The traffic was heavy but smooth di Segamat-Kuantan highway. Tapi kan dah kata, bila drive, jarak kereta mesti jauh. Dah ada accident. Kereta 'cium' belakang kereta.
Sampai Muadzam Shah. Wah, sekarang ada pasaraya baru. Tunas Manja, pasaraya yang famous kat Kuantan, ada cawangan di sinilah. Nampaknya doing good business.
Sepanjang perjalanan dari Segamat ke Kuantan, kereta berderet. Naknya bila ada 'king of the road', yang kecil atau yang besar, nun di depan. Mula lah speed slow. Jadi mulalah acara potong memotong, overtaking. Tak ada operasi 'speed trap' ke?

About 1.30 selamat sampai di BS, Kuantan. 5 hours safe journey. Syukur. Sampai di rumah makanan telah disediakan, apa lagi gulai ikan patin!
Bila balik semula ke Melaka, nak join 'the mad crowd' ke?

Lesson

One afternoon.

Amal: Nek lang, boleh tak check maths Amal. Amal tak tahu (Kerja rumah maths, class tuisyen)

Nek Lang : Excuse me, if you don't understand or don't know, tanyalah Miss E (the tutor)

Amal: Takut. nanti Miss E marah.

Nek Lang : Dia tak boleh marah. That's why you are sent to tuition class. To help you. Apa-apa tak faham, tanya cikgu E. Amal mesti berani.

Amal : Okey. Kan Nek Lang dulu Guru Besar. (expect me to know all)

Nek Lang : Not all I know. Macam ni lah, Nek Lang ajelah ajar Amal kalau Amal takut pada cikgu tuisyen.

Maths problem to be solved: rounding up number to the nearest hundred. Mujurlah cikgu pencen ni masih ingat lagi the basic maths lesson she learned years ago.

--------------------------------
That evening, in the car. Nak hantar Amal ke tuition class.

Me: Amal. fasten your seat belt please. We don't want to be caught.
Amal obeyed.

At the traffic light. Lampu merah. Our car was next to a police MPV with five 'uniformed' passengers

Amal : Eh Nek Lang, polis sendiri tak pakai seat belt. Kata kena pakai, polis sendiri tak pakai. Macam mana tu?








CNY

Ada naga? Jam Besar (merah) dan minaret Mesjid (unik di Melaka)


Oh, ada A Famosa

Eh, rumah tradisi Melaka dengan tangga batu, kereta lembu..


Ini National Museum (Museum Kebangsaan)





Taman Bunga





Cantikkan?
Satu tarikan pelancong. Kalau anda ke Melaka this coming CNY weekend, singgahlah di Dataran Sungai Melaka.Kalau waktu Christmas, Perkampungan Portuguese bermandi cahaya, waktu CNY jalan raya bandar Melaka sudah dipenuhi dengan tanglung-tanglung merah. Di Dataran Sungai Melaka lain pula ceritanya. Lihatlah replika-replika bangunan bersejarah Melaka. Ada naga lagi. Semua ini terdapat di dataran tersebut.Tukang buatnya datang dari negeri China. Semua imej ini berlampu dan sudah tentu mengeluarkan cahaya warna warni waktu malam. Kerja yang sangat cermat ini diharapkan tidak dirosak oleh tangan-tangan 'gatal'. Melaka sekarang bandar cahaya, tidak macam dulu 'sleeping hollow' kata orang luar. Kos belanja, jangan tanyalah, fikir-fikirlah sendiri!!!

Cg oh Cg

Cg adalah short form untuk cikgu. Kalau 'Doctor' ringkasnya "Dr', jadi kita ada Dr. Selva. 'Engineer' pula "Ir', contohnya Ir. Ibrahim. Sebagai satu profession yang dihormati mengapa tidak 'Cikgu' juga diberi pengiktirafan, seperti Cg Kamal, Cg Tan dan bukannya En Kamal atau Miss Tan.
Oleh itu, saya terpanggil untuk 'react' terhadap berita bagai mana dua orang murid Tahun 1, 'fresh' di alam persekolahan, trauma, tak mahu ke sekolah, takut dipukul guru. Guru lelaki tersebut berumur awal 40-an!!! Dah senior tu! Mengikut salah seorang bapa, anaknya luka di leher akubat dicubit guru itu. Sebab, anaknya itu tidak membawa buku latihan sedangkan buku itu sudah diserahkan kan kepada guru lain. Seorang lagi pula diketuk kepala walaupun baru tiga hari sesi persekohan bermula dan kaki lebam akibat dipukul dengan pembaris oleh guru terbabit. Ada juga kes di rumah ini. Baru masuk minggu kedua sekolah dah catat perkataan 'MALAS" dalam nuku latihan sebab tidak habis buat 'homework' . Tapi lepas tu, Cg tadi mungkin dah sedar, ikut perasaan, padam perkataan tersebut dengan 'liquid paper'. Apa perasaan murid mentah tadi dihadapan kawan-kawan sebayanya. Berilah dia peluang, beritahu dengan lembut, 'HW mesti dibuat, dihabiskan, kalau tidak......"
Tapi Cg oh Cg, selalunya bila kita nak beri komen pada kerja murid, tulislah yang positif, seperti "Sila habiskan HW'. "Usaha lagi" ' Baiki tulisan" dan lain kata-kata yang semangat, bukannya beremosi marah. Budak-budak 7 tahun baru nak mula masuk sekolah sudah digertak seperti ini, takut lah. Yang saya tahu awal-awal persekolahan (3 bulan pertama) merupakan waktu transisi atau 'transitional period' bagi mereka, dari kelas tadika ke sekolah formal. Waktu ini murid-murid tersebut diberi peluang menyesuaikan diri. Bukan semua murid sama latar belakang dan pencapaian. Jadi faham-fahamlah, ya CG. Kan Cg dah belajar masa training dulu. Nak pula dah berumur mengajar Tahun 1, lagi mesti ada sifat keibubapaan. Jadikan sekolah tempat yang seronok belajar, nice place to study, dengan guru-guru yang strict but approachable. Kurangkan leteran lebih-lebih lagi waktu assembly atau perhimpunan mingguan. Bosanlah Cg! Talking from experience you know!
Banyak besabar ya Cg, satu sifat yang penting pada seorang guru yang professional! Kalau tidak "Usah jadi pendidik kalau tak mampu".

Kuih pisang

Macam-macam boleh dibuat daripada pisang, dari tradisional ke moden. Just name it: kek pisang, kerepek pisang (yang masin, yang manis), pingat pisang, goreng pisang, sebagai bahan puding raja, pisang bakar, apam balik pisang. Ah, apa lagi? Pada masa dulu, maybe today, ada ibu memberi anak-anak makan pisang bakar yang dihancurkan kepada anak-anak kecil. Budak-budak kat rumah ni suka jemput-jemput pisang especially kalau di cucuk dengan lidi (macam satay). Teringat saya pisang juga boleh dibuat lepat, lepat pisang. Lepat pisang ini ada dua jenis: yang biasa dan yang berinti (campuran kelapa parut dan gula melaka). Pisang juga boleh dibuat lempeng. Baru-baru ini saya baru tahu cara buat lempeng pisang ini. Ambil sedikit bancuhan pisang (yang dilenyek ) dengan kelapa parut, gula melaka, gula perang, tepung. Letakkan di antara dua helai daun pisang, dibakar di dalam kuali. Sedap nampaknya. tapi awas, walaupun pisang memberi tenaga, jangan makan banyak-banyak. Sebab? Pisang mengandungi banyak kanji dan gula. Manis, manis , manis. So penyakit diabetes mesti control makan pisang.
Itulah kisahnya.


More celebration


More celebration. This time in JB. See the large image. That's Safiah a.k.a Mak Yoke (lady in red tudung) with Aishah, her daughter. They are posing at their newly bought house at Taman Nusantara (something like that). Safiah is my SIL, JY's younger sister. Aishah scored 8As in the recent PMR. So must celebrate, kesyukuran, btw, 3 in 1 thing. One, JY's bessday (again?), Aishah's achievement, and the new house. So that night we had dinner at Taman U. Course, what else, Mr Tom and Cik Yam (for short, Tom Yam), telur bungkus, kailan goreng ikan kering, ikan tiga rasa, sotong goreng tepung, sambal belacan. Sedap juga makan ramai-ramai, open air lagi! Thay's what left, can you see the crabs 'floating' in the pool of tom yam and the almost done ikan tiga rasa? Syukur....
Posted by Picasa

HAPPINESS


HAPPINESS!!

Siapa punya birthday ah? Never mind, as long as they are happy!!

TERIMA KASIH PAK PAU

Lain kali bawa kek lagi ye

That's Mak Ji Chuk, JY 's sis , (real name Zaharah) baru balik Haji.
Posted by Picasa

Kak Zai



Dalam perjalanan ke bandar Batu Pahat, kami telah singgah di kedai kak Zai. Kak Zai ni ialah seorang pesar kerajaan, dulunya berkhidmat di Jabatan Hutan. Zai Bakery terletak di Jalan Perserai, Mk3 Perserai, Batu Pahat. Dulunya beliau usaha dari rumah. Dah bersara ni bolehlah full time di kedai sendiri. Itu yang baiknya kalau ada kemahiran atau kepandaian tersembunyi. Bila bersara nanti ada aje peluang samada untuk memenuhkan masa lapang atau menambah pendapatan pencen. Kak dulu masa mula-mula bersara, cubalah berniaga, apalagi kalau tidak buka kelas tuition, focus on interactive learning, remedial reading and English Language. Tapi tak tahanlah. Penat. Tahan 3 tahun saje. Apa kami buat di Bakery Kak Zai. Oh, JY beli 3 biji kek, 2 untuk sambutan Tahun Persekolahan Baru 2009 (Tahun Baru 2009) untuk 2 buah rumah yang akan kami singgah dan 1 untuk sambutan hari ulang tahun JY. Anak-anak saudara JY (dan juga cucu-cucu saudara) tentu gembira dapat makan kek icing ni. Maklumlah bukan selalu dapat makan kek special Pak Pau (panggilan budak-budak BP kepada JY).
Hasil tangan Kak Zai, jadi buah tangan kami!


THESE ARE REAL!!


Place: Parit Besar, BP. On our home from JB to Melaka, we made a stopover at my SIL's place. Mak Iddah and hubby, Pak Sahak, love gardening. I love their garden, nice landscape with beautiful, colourful flowers and fresh green potted plants. These orchids are real okey, not plastic or fake ones. There's a song for Mak Iddah,
Me: Mak Iddah, Mak Iddah,
Real name, Asnidar,
How does your garden grow?
Mak Iddah: Orchids here and orchids there,
And potted plants all in a row.....
Posted by Picasa

Nasi Ambang


Satu pagi di sebuah warung di JB. JY breakfast, makan Nasi Ambang. Di Melaka atau di Kuantan tak ada nasi ni. Ke mana-mana nasi lemak je. So this must be hidangan special orang-orang di JB. Asal usul? Jawa agaknya atau Singapura?




Nasi Ambang ni nasi biasa aje. Lauk pauknya, yang dihidang bersama (macam bungkusan nasi lemak) ialah serunding kelapa,ikan masin, ayam goreng dan sambal goreng. Agaknya kalau ada keropok, salad, timun, tentu lebih sedap, tak?




Oh ye, sambal gorengnya bukan sambal goreng yang saya fahamkan that is cili digoreng tetapi orang kata sambal goreng Singapura (atau Jawa?). Sambal goreng ini ada hirisan tempe, tauhu, kacang buncis, udang, cili merah, cili hijau, semuanya digoreng.




Nasi Ambang ni selalunya sebagai hidangan pagi sebab lauknya jenis yang memberi tenaga. Munkin makanan pagi pekerja-pekerja ladang yang perlu menggunakan banyak tenaga.




Nanti nak cuba buatlah nasi ambang...
Teringat pula lagu favourite "Di Ambang Sore" nyanyian Ahmad Jais.

Sambal Belacan Mak Eng

Mak Eng and Pak Aji sedang berbual dengan JY
Salam.
Ada bermacam-macam cara membuat sambal belacan.Sambal belacan yang menjadi 'appetizer' atau pembuka selera JY sangatlah mudah. Cuma bakar belacan dan tumbuk dengan beberapa cili padi (terlebih dahulu direndam dengan air panas). So simple. SIL (Mak Eng) yang tiggal di Parit Raja, BP, ada resepi untuk membuat sambal belacan. Munkin ada yang telah tahu tapi yang belum, ini caranya.....

Sediakan: belacan, sedikit ikan bilis, sedikit bawang merah, cili padi(cabai melaka) atau cili hidup, asam limau, sedikit minyak, sedikit gula. Cili, ikut kepedasan dan belacan, ikut rasa. Lesung Batu tumbuk, jangan lupa.

Proses: Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Mula-mula goreng belacan. Angkat. Goreng pula ikan bils dan bawang. Jangan sampai garing, angkat. Goreng cili. Terlupa. Supaya cili padi tidak meletup bila goreng, belah sikit cili itu. Masak, Angkat. Kemudian, tumbuklah semua bahan tadi di dalam lesung batu sampai lumat. Tabur sedikit gula. Garam tak payah sebab belacan dah masin, Bila hidang, perah sedikit air asam.

Apa rasanya: Rasa sambal belacan lah! Oleh kerana bahan-bahannya semua dah masak, sambal belacan ni tahan lamalah.

Cubalah!!!