Makan sedulang

Pernah dengar "Makan sepinggan, tidur sebantal'? Itulah kata-kata janji orang-orang muda, tangkap ayu wei...Jimat kos belanja... pinggan satu aje, bantal pun satu aje. Semua nak share, sharing is loving, right? Have you heard 'makan sedulang?" Macam makan 'nasi ambeng' tu, pelbagai menu khas dihidang dalam satu dulang dan dimakan lima orang. Macam mana rasa? Kalau kena dengan member makan, tak mengapa. Tapi kalau dengan stranger, orang yang kita tak kenal, bagaimana? Saya pernah sekali makan hidangan nasi ambeng satu waktu dulu, waktu masih bertugas, sewaktu menghadiri kursus di sebuah hotel di Port Dickson. Hotel ni nak promote masakan negeri-negeri di Malaysia. Salah satunya nasi Ambeng . Syok jugalah...nasi yang susun tinggi dengan lauk pauknya, slowly but surely, dihakis, digali, tapi tak rebutlah (bahagi lima, ni share saya, tu share anda,tapi kalau tak cukup boleh masuk kawasan saya sort of thing), sampai rendah, tak sedar dah habis.Sebab masakanya sedap dan 'the great five 'pun sehati sejiwa. Ada pula dalam satu majlis perkahwinan di satu daerah di Melaka, satu masa dulu. Bukan makan satu dulang yang sama tapi share satu cawan minum yang sama. Ni tak tak boleh.. tak boleh jadi. Apa kata kalau yang duduk dekat kita tu makan sireh. Tak minum pun, tak apa. Bawa cawan sendiri nampaknya. Tapi budaya minum secawan ini dah tak diamalkan lagi. Makan sedulang atau minum secawan ini ada sebab sebaliknya...share, kongsi, sepakat..itu maksudnya. Dan ini berlaku malam tadi....
Malam tadi, saya ikut my sis ke program tadarus dan khatam Quran serta solat taubat and hajat, anjuran dua orang sahabatnya. Venuenya di Mesjid Selat (mesjid terapung). Since it was a small, private gathering, for ladies only, and held kat mesjid pula tu, the host decided to hidang jamuan makan malam dengan makan sedulang (except for special VVIP guests, patutnya makan sedulang juga).Menunya bukan nasi ambeng but nasi briyani, complete setlah dengan kerutub daging tetel, dalca, jelata, keropok popodum. Minuman nya air sirap bandung and air mata kucing panas. Makan bertiga, habis, lapar maklumlah dah pukul 9.00 malam. Cara hidangan ini tidaklah menyusahkan bawa pinggan mangkok sudu garfu bagai..tak payah cuci pinggan, Cuci dulang je, tu pun dulang dialas dengan plastik. Thank you kakak, siap tapau bawa balik lagi. 'Perhangatkan pagi ni untuk cucu.'Well, bulan Syawal dah pergi, jamuan open house, pun dah tutup buku, kini 'musim Haji'. Bagi bakal haji dan hajjah, tetamu Allah musim ini, di ucapkan "selamat menunaikan IBADAH HAJI, semoga mendapat haji mabrur'

Masak sakan

Dah lama teringin nak makan gulai lemak pucuk paku dengan udang. Ah, dalam freezer nampaknya ada lagi udang geragau..tapi tidak ado cili dan daun kunyit (di dalam pasu pun tinggal,batang je). Gulai pucuk paku lawan cencaru belah belakang. That's the menu for today..Jom.. yours truly ke pasar besar (wet market). First stall..pucuk paku. Ambil 2 ikat..

Me: Berapa seikat dik?
Adik (penjual) : Seikat RM2.00
Me: Eh, dah naik harga?
Adik: Dah lama naik harga.
(Nasib baik tak jawab" Baru balik luar negara ke?" said MsHart when I related the incident to her.)
Me (saw bunga kantan): Ah ni masak dengan pucuk paku pun sedap.
Adik: Ye ke?

BTW, last time my arwah mak cooked gulai picuk paku with udang + bunga kantan + terung pipit ( terung yang macam guli tu).

Then, bought middle sized udang. Ah kalau ada sambal belacan mangga pun best. So bought cili api (aka cabai melaka, don't know why), magga muda (kata mak cik tu 'Ambil yang keras'), saw some kunyit with shoots. Reason...jelas...Other things bought: daun kunyit, cili merah, tempeh (in case) and some limau sambal.

Time : 10.30, ready, get set, go....Aduhai...ambil masa nak buat persiapan. Ada bibik dulu, bibik buat semuanya...all set..kita lebur aje. Yours truly buat satu persatu..first get ready the bahan untuk gulai..like kemas the pucuk paku, clean the prawns...set aside...Then bahan untuk goreng cencaru belah belakang (the cencaru already defrosted), blend the cili with garlic and turmeric, put aside...followed by nahan goreng geragau or jemput-jemput geragau (sliced red cili, daun kunyit, ssmall shallots) siap dengan cicah kicapnya red cili with garlis adn asam limau) sekali...put aside...lastly..preparation for sambal belacan mangga.

Then comes cooking time....




Cooked rice, then,
Goreng cencaru at the same time set to boli the kuah kicap (cicah for cencaru) ,
Cooked the gulai. Roasted the belacan,
Prepared the sambal belacan mangga. I didn't use the batu tumbuk (leceh) but blend, using the mini food processor, habis biji-biji cili hancur!!! and lastly
Fried the jemput-jemput geragau mixture.
What about the tempeh.....next changelah...

Finally, I don't like this job but it's part of cooking...so enjoy..yes...the cleaning up time..all the crockery, the wok (kuali) , the stove, the table, the dustbin...the floor.. and the kitchen back to normal.

Time 2.00pm. Wow. took me 4 hours in all...like going to Kuantan...
Now..makan time....here's the results and they (who else if not the ahli rumah BC ) said "Sedap" (nak suruh masak lagi ke?). Glad the folks enjoyed masakan air tangan yours truly..Amin....





Cencaru belah belakang (goreng garing, so gelap) cicah kicap and sambal belacan

gulai pucuk paku with udang (missy loves), still hot from the stove



jemput-jemput geragau dalam tapisan
S0lannya : Bila nak masak lagi ah?

Yummy yummy lagi

Amal dah puas layari Barbie Online...Nek Lang, nak guna komputer tak?...Of course, nak sambung celoteh. Must tell you readers ,got 2 invitations. Morning, with family members, went to Zainon Ali's house at Air Kroh for brunch. My,My... the menu was Nasi Dagang, complete set with ayam percik, and gulai ayam (I prefer ikan tongkol but not available). Bestnya, Nasi Dagang in Melaka. Dah lah kenyang, mengantuk... Then after Zohor, attended 'Ketat's' house at Banda Hilir. Occasion: kenduri doa selamat nak ke Tanah Suci... Oh yes, nasi putih with gulai rebung cili api(pedasnya...) sambal belacan mangga (tambah pedas), gulai ayam kampung, ada kurna kambing (tak suka, so tolak tepi) ulam-ulaman.... sedapnya. later more visits to open house not in programme... followed MrS and family to Padang Temu. Got two open house . The first one (one of MrS's staff)..wah...laksa Johor...best gila..but I took only a portion, and tasted two or cubes of nasi himpit,the serunding looked tempting. I like....Ooooops baguslah hostnya...siap bekal lagi laks,ada chance nanti, tumpang semangkok, second round!!! Then we walked to another house nearby, in the same area. Kenyang sudah, but ada sate, nasi lemak and..and...and...some kuih melayu but ...But quite sometime I haven't eaten sate, so took 2 sticks and 3 cubes of ketupat. Syukur, mewahnya rezeki...But no pictures lah, sorry... later in the evening, after asar, felt like to have second round of laksa johor..tadi tak puas, and SEDAP (MsHart, please asked for the recipe) . That night..thought everyone kenyang...but someone requested "Nek Lang, can I have fish sandwich...Amal lapar" Okeylah, lepas magrib, made her the fish sandwich and asked "Iman nak keropok lekor tak?" yours truly asked Missy. Of course lah nak, so gorenglah Keropok Lekor Ria. Then I saw a packet of frozen popiah (the filling was Otak-otak), fried those too...That's for dinner. That's it. But...MsHart and MrS came home (from ziarah, ada kematian) with two packets of Nasi Goreng: Kampung and Cina untuk 'anak-anak burung' for dinner...Missy and Amal makan juga nasi goreng tu... keep the rest for breakfast this morning.....Mewah sungguh rezeki...

One- stop centre

Where do you keep your things? The small. small things but important to you..Lain orang lain cara.. ada yang kemas, very neat..ada yang pakai campak je..haru biru bila sampai masa nak guna,tercari, cari.


This are one -stop centres in rumah BC.
What: Wooden letter compartment with key holders
Where: Behind the door to the kitchen and hall (bahagian rumah dapur)
Items : Car keys, House keys, lanyard (tali) for name cards, calender, 'flowers' in slot for letters.
Whose: members in rumah BC
Comments: Good usage..Sometimes not used properly, campak je car keys, then asked ..'eh..where did i put car keys ah?' Same thing with the name card lanyard...



Another,
What: a cute rattan basket , a wooden 'bowl' (souvenierfrom Chiang Mai) placed in a porcelain bowl
Where: In yours truly room
Whose : Yours truly (some trinkets, Amal's)
Items: In basket...hair clips, cloth pegs(to hold the curtain), 'Vicks' vapourup, car spare key, 2 AA battery. In wooden 'bowl'...pins (broochers) bracelets, rings, ear rings..
Comments: Gali-gali..pilih-pilih...senang ba itu but use the same pins every time lah...basket looks cute with hair clips decorations.
One more item, I have a rattan picnic basket...not used for its purpose, but yours truly store in pocket size tissue papers, cotton wool, coin purses (gifts from friends or bought as souveniers), goody gift bags (nice ones), ..acts like to 'store' things
Okey, that's it, my one-stop centre...it's how you organize things...bye, bye...Amal wants to use the computer...'Nek Lang dah ke?'...beralah lah kita.

Goody-Goody

Bekas-bekas bunga telur atau sekarang ganti dengan potpourri atau gula-gula atau cokelat boleh di buat perhiasan rumah. Saya......
gantung pada grille di dapur.... pelbagai rupa dan jenis..

...susun..cantikkan bilik air...

..... gantung pada pemutar shower


gantung pada cermin di sinki..

Sayang nak buang. Tapi baru-baru ini saya ikut kakak saya hadrah ke rumah seorang Datin.Ada Majlis Qatan Quran...dan sebagai appreciation, tuan rumah beri kitab comel dalam bag yang comel juga...boleh baca.... bila-bila masa.
Okey..bye, bye...




Goody dulu

Telur gantung Bunga Carnation dan telur dalam sangkar


Dulu...... bunga telur sebagai berkat, tanda terima kasih sudi datang, telur rebus yang diwarnakan merah (ceria dan berani), telur yang rebus dengan herba (kata Kak Pah, telur Johor) telur pindang (betul ke) yang perasa herba, ada yang plain aje....dalam bentuk gantung pada tangkai bunga, dalam bakul porcelain, dalam sangkar...bakul kait (knitting).Telur sebagai berkat, kononnya sebagai simbolik boleh tambah keturunan, makanan sihat,berprotein... Telur berkat ni....kalau banyak diterima....satu hari banyak rumah kenduri, satu rumah ramai pula yang pergi,....bolehlah dibuat....telur goreng berlada, masak lemak telur rebus cili api, dilenyek buat isi sandwich, buat garnishing mee rebus, mee goreng atau boleh dimakan begitu saje (titiskan kicap sikit)..oh sedap. Anak-anak pun rebut-rebut nak makan telur berkat...boleh bergaduh you kalau quorum ramai...Tangkai-tangkai bunga telur, kalau ada bakat seni , boleh digubah sebagai jambangan dalam pasu. Ada pula tu, recycle..maklumlah satu tangkai bunga telur tu bukannya murah...(siapa yang untung nanti? "akak Nya juga"). Yang jenis jimat, siap simpan dalam bag atau kotak, buat collection...lalu... kalau ada majlis kenduri next time, guna semulalah. Pelbagai rupa lah nanti..tak ape...asalkan jimat...Tapi pastikan ia masih presentable lagi...bersih tak ada habuk...the petals and leaves okey...

jadikan jambangan hiasan, boleh recycle nanti

Tetapi sekarang, walaupun ada yang masih memberi telur berkat, tetapi cuma untuk jemputan tertentu dan untuk majlis tertentu...kos sebiji telur mahal....budak-budak pun tak suka makan telur rebus....apa alternatifnya ya?
ini dia, jajan atau 'supposed-to-be-cupcakes' jimat, budak-budak pun suka

Musim kenduri

Yes, musim jom kenduri datang lagi. Kan sekarang musim haji, musim orang kahwin, open house penutup raya pun ada....

17th Okt....(last week)...MsHart and MrS buat open house for MsHart's office staff and friends. Dulu dah buat kat rumah BC (for non-Muslim friends), tapi this time they want to raya at , rumah baru MsHart, nak survey, nak evaluate (pass or not, Teoh?) MrS, for your staff bila pulak? Bulan raya dah nak habis ni!!!

18 Okt...(last Sat) Majlis Qatam al Quran, anak perempuan anak datin (Datin Hasiah) di Pringgit, sempena majlis pernikahannya malam tu. Ada Hadrah lagi...atas permintaan pengantin perempuan. Tuan rumah gave each of us a cute, small, handy kitab MAJMU' SYARIF KAMIL in a small goody bag...sweet scented with bunga rampai...Thank you Datin..

19 Okt...jiran belakang rumah buat open house and celebrate one year old bessday daughter mereka. Siap pasang khemah you....gave the bessday girl a cute baby doll (Amal pun nak juga..)

25 Okt...(today) my sis ajak ke Majlis Hari Raya LKPI di Selandar Jasin, petang nanti...but I malas lah, jauh juga tu....agaknya I nak ke gym lah bawa budak-budak yang dah lama asyik pester je...
Ada juga undangan Majlis Perkahwinan di Bukit Palah... tak.... tak kenal.

26 Okt.....pagi...10.00 am, majlis khatam al Quran 2 orang cucu perempuan Kak Wan (my sis's friend) at Air Keroh. Ada hadrah lagi, only nasyid songs. 'Jangan tak datang tau" pesan kak Wan. InsyaAllah, pergi.
Zohor teman kakan ke rumah kawannya, ada wedding.

Same day, (tomorrow) ada majlis kenduri doa selamat di BP. My SIL (Zaharah yakin aka Mak Chuk) and hubby Pak Man akan ke tanah Suci on the 3rd of Nov. Pesara Kerajaan Johor beruntung, dapat tajaan ke tanah Suci. Saya tak pergi kot, JY pun tak pergi,ada hal...Semoga semua selamat ya,mak Chuk dan Pak man. InsyaAllah balik nantilah, kita jumpa. Anyway dah called pun...
27 Okt....10.00 am. Open house penutup raya di rumah Zainun Ali (family friend) at Air Keroh..
After zohor, kenduri doa selamat di rumah Mokhtar (nickname 'Ketat'). 'Ketat' dan wife, Nor, akan ke Tanah Suci musim ini.
.

30 Okt...Maghrib thru isyak, Kak Hjh Rahimah (Pengerusi LKPI Melaka Tengah) with Kak Asmah(also friend)buat Majlis Kesyukuran dan Hajat di Masjid Selat. Program best: Ada Majlis Tadarus al Quran (1 juz bacaan berpasangan) Solat Isya' Berjemaah, Solat Sunat Taubat, Solat Hajat dan Majlis Jamuan Makan Malam ( dengar cerita Nasi Beryani, Kak Hjh Rahimah masak). Rancang nak ikut jugalah.. BUT
At the same day and time, guru tuisyen Amal, two houses away, jemput, Tahlil dan Bacan Yassin doa selamat... Occassion..untuk adik Wak Yah (nama tution teacher, nama glamourlah) yang juga akan menjadi tetamu Allah tahun ni. SO
kena bagi-bagilah dengan my sis nampaknya.

8 Nov.. Undangan Majlis Perkahwinan anak perempuan Uni Yah (Rasiah) dan Abang Rahman (family friend) di Taman Pringgit Jaya. Dah lama tak jumpa Uni Yah..

Adakah lagi jemputan....jom...moh...pergi makan....Alhamdullillah....






Cups?

Green, tall cups....Red, cute ones....Apa ni? Ni lah lepas makan, simpan, boleh nek ngah buat acuan jelly...or boleh buat container untuk simpan paper clips, paint.... Actually, these are yogurt cups. Saya pergi T**** satu pagi dan ternampaklah yogurt jenama ni on promotion. Eh dah lama tak ambil yogurt, high calcium. low fat yogurt,yogurt rendah lemak dan kalsium tinggi, formula unggul kekuatan tulang, nano kalsium...okey belilah 2 pack (promotion), pelbagai flavour such as strawberry, manggo, mixed berry. Now, the children at home mesti nak juga. Belilah pula makanan susu kultur, 2 kali kalsium dari susu, strawberry, grape, mangga flavour. Red cup yogurt for them and the green ones for me atau mereka yang sebaya dengannya... But they want the green ones too...Told them...that's for orang dewasa..adults , seniors like me and nek ngah...no way, nak juga. So after finishing their share, ambil pula nek lang punya share....Itu pun rebut-rebut flavour.. children. As for me, I'll take yogurt, one for breakfast and one in the evening. Itu yang stock cepat habis...tapi boleh beli lagi..good nutrition what...
Ah, ni dia yang dimaksudkan...
PS: Have to stop, nak tengok program Muqadimmah (TV9)... topik...Adab melawat orang sakit...bagus tu!




Keep fit

Sepanjang Ramadhan saya tidak ke gym. Takut letih. Minggu ini sambung semula. Dah dua kali saya ke Lady Like Gym. Rasa ringan badan sikit. Berat badan pun dah back tu normal.Seronok brisk walk dan jogging atas treadmill, adalah 20 min, 1 km cukuplah, berpeluhlah juga. Relax. Kemudian, buat cycling. Sambil tu baca magazine, cover to cover, sedar tak sedar dah jauh kayuh. Relax lagi.Then buat stretching, mesin yang pull leg and tummy muscle tu. Relax lagi sebelum buat stepping pedal, up down, up down....sambil tangan front back, front back. penat juga.Swing your arms. Relax. Nak cool down, buat toning arm muscle atau roll atas gym ball. All in all ada dalam 1 1/2 jam di gym setiap session. Eh, pergi gym ni macam satu terapi tau. Si Princess and Missy tertunggu-tunggu bila nek lang nak bawa mereka ke Gym. Princess boleh minta permission teacher tuition nak ke gym Sabtu ni ,Dan Cg dia benarkan pula tu! No way, tuition priority, then after that can go to the gym. Okeylah nek lang. Tai Chi? Macam mana? Tai chi session now, for me, on hold. My sis still go because she's the instructor, rain or shine. Her loyal followers will be waiting for her. Maybe because of the long break (puasa month) ada rasa lazy sikit lah. Or I feel like don't want it to be , macam rutin (walapun 3 kali seminggu) sebab pagi-pagi lepas subuh must be at the venue (rumah pengerusi WI Bukit baru). Nak relax. Do bila feel like doing... tapi touch woodlah, tak boleh cakap dulu.......mana tahu esok-esok teragak pula nak sambung tai chi..... So sebagai ganti, saya buatlah kerja-kerja rumah like menyapu laman rumah, menyapu rumah, mop, kan exercise juga tu. Tadi pagi while driving with my sis, nampak sebuah workout centre (bukan workshop) ...ada yoga, fitness dan dance. Ah, minat kat dance tu, nanti nak stopover lah nak tanya about the dance class tu. Keep fit and stay fit, yalah dah bersara ni, mesti banyak pergerakan, exercise....Whatever it is, apa exercise pun, komitmen mesti ada...

Worry not


Adam (left) with Iddin
One evening, in Iddin's room,
Me : Which school do you go to, Adam?
Adam : SFI (St Francis Instituion)
Me: Ah, Iddin, you have a friend there! (Iddin will be in Year One in the same school next year)
Iddin : ( grinning away, felt safe, I think. )
Me: What year are you, Adam?
Adam : Year 2 (that means, Year 3 the coming year)
Me: Adam, will you take care of Iddin when he goes to your school next year?
Adam : Abang akan jaga Iddin!
Iddin: AH, jaga Iddin daripada pembuli-pembuli....
Adam: Dulu , Adam ada lawan budak-budak darjah 6.
Me: Why, you cannot fight , you know..
Adam: Dia orang nak kacau kita orang budak-budak kecil!
Me: Adam, do you have tae kwando in your school? (Iddin has been pestering to join tae kwando)
Adam: Ada, but when we are in Year 3 then, we can join .
Me : See Iddin, they have tae kwando too, so you don't need to change school. Only when you are in year 3 then you can join the club. Adam is there to jaga you. So Adam, nanti Adam jaga Iddin ye.
Adam: (Nod)Cakap pada abang kalau ada budak-budak kacau Iddin....
Iddin : (Selamat!!!)

Adam is Cikgu Zarina's and En Azmi 's son. Zarina. sweet- young teacher, is teaching at SRK Convent IJ 1. Her family is closed to MsHart's. Iddin so much wants to be in the same school as his present school friend and cousins are attending. So Iddin worry not, you have a friend...big brother, in SFI. SFI sekolah daddy dulu tau.

Hadrah


dessert

cincalok,peria latak, ayam goreng daun kari, sambal belacan binjai

gulai keladi, masak asam tetel, keli goreng lada, jantung pisang kukus

my sis (front) with the 'tamboh' and Kak Timah, 'kompang'

some of the 'girls' enjoying themselves


Masih lagi suasana Hari Raya. Saya sambut fasa ke dua raya pada Jumaat yang lalu.Just finished my puasa enam you see. My sis and her friend Kak Fatimah Abu had a joined venture open house that day, held at the latter's house. Kak Timah or Mak Bik or Mak or Cikgu, is a great cook too. She served her guests (their friends ) with masakan kampung as seen in the pictures, like masak asam tetel(daging yang ada lemak sikit tu), gulai lemak keladi, ayam goreng daun kari, ikan keli goreng lada, steam jantung pisang, peria katak and appetizer like cincalok, sambal belacan binjai, kerang rebus. For dessert, we had bubur pulut hitam and air mata kucing. Oh ya, ada kuih lopis, karipap, pudding caramel and sandwich cake. Never mind if the white rice is a bit soft, we enjoyed the lunch. At the same time, the friends who came had a hadrah practice session for a special performance at a wedding the next day (Saturday). A group of them, including my sis and kak Timah, beat the 'tamboh' and the 'kompang' and some, the tamborine and maracas, while the rest sang songs suitable for the occasion. Before this, the hadrah group had been going round (by invitation only) to member's open house. They made the gathering a happy one, belting out Hari Raya (nostalgic ones, like Ahmad Jais and Saloma's evergreen ) Nasyid songs. In return, the host would donate some 'ang pow' for the Society's Fund. (Muslim Women Welfare Society Melaka District...or known as LKPI Melaka Tengah. Saturday and the coming days (until the end of Syawal), more invitation, more singing and more food to eat.....have fun 'young' ladies and watch your diet, okey....

Sehari berlalu

Pembaca budiman,
Pagi tadi rajin sikit. Sesudah sahur, makan apa yang ada, kemas dan simpan pinggan mangkuk yang dah kering. Kemudian, buang sampah...jam 5.30 pagi. Hujan pulak. Tak lebat.Seterika baju. Solat Subuh. Hujan dah renti. Buka tingkap untuk udara pagi. Then ke halaman rumah. Memang dah plan nak bersih dan sapu laman rumah, nak sapu bersih daun-daun kering. Berhasil juga. Halaman dah bersih. Sedap mata memandang. Trim daun-daun dan ranting-ranting kering pada potted plants yang ado. Bubuh baja bunga sebab nampaknya pokok bunga menghijau je...Just In time.... pekerja-pekerja pemungut sampah datang pungut sampah. Gi ke kedai simpang, ke Kedai Nyonya untuk beli surat khabar. Amal suka baca surat khabar (bila rajin!)"Amal baca yang ada gambar je" Semalam ada write up GBS (Geng Bas Sekolah) kesukaan budak-budak di rumah ni. Hari ni ada write up tentang si Hadziq pulak (Hadziq Tom-Tom bak tu..) minat mereka juga. Sudah tu tak tau apa nak buat.....layar blog....hop sana sini....Tak masak. Ms hart akan beli lauk...masak nasi je. Kakak dengan rombongan cik Kiahnya bermarhaban ke rumah member-member, sampai petanglah tu. Jam 2.15 hantar Amal ke Kelas Fardhu Ain, walaupun boleh jalan kaki, hantar juga dengan kereta.. panaslah. Balik layan pula TV...no good program...telenovela lagi....menyampah, tak minat, tak berkenan pun. Hai, layan blog lagi baik..., kali ni ke 'rumah' Vimmy Yasmin...banyak ada link pada blognya. Layar je...Singgahlah ke rumah sesiapa.... nak habiskan masa. Jam 4.15 nanti nak fetch little Iddin (cucu den, anak Ms Hart) dengan Nabil (anak Kaseh) pula dari sekolah tadika Premier. Tentu nak layan budak-budak dua orang tu. Jam 6.00 nak ambil Amal pula dari sekolah agama nya.Then nak get ready for buka puasa. Nak makan apa ye untuk berbuka nanti? Ingat nak makan mee hoon goreng lah...2 more days to go.. Insya Allah.
PS: Daun-daun kering gugur lagi..... Alahai....

Raya round up

Salam raya kepada semua,
Bagaimana hari raya tahun ini? Saya, so-so, je lah.....sebab saya kurang sihat...batuk. Sempat lah ke DR S, lega sikit. Selain berhari raya di Melaka, berhariraya juga ke rumah-rumah adik-adik ipar di Batu Pahat. Maklumlah jarang berjumpa, maka macam-macam story mory lah. Mula-mula ke rumah Mak Idah dan Pak Sahak(gelaran di kalangan anak buah),di Bagan, lunch di sana dan ni raya pertama Mak Idah berhari raya dengan menantu. Mak Idah beri cenderahati raya tudung dan kuih raya. Kemudian ke rumah Pak Ee (Bukhari) dan Mak Lin, di Jalan Parit Besar, iaitu rumah tua adik beradik JY Makanlah kuih muih yang dihidangkan sebab kami dah kenyang lunch di rumah Mak Idah. Hujan lebat pula tu, petir berdentum siap dengan kilat. Semua senyap je....takut. Bila huja reda, ke rumah Mak Chuk dan Pak Man.. di 'laut' kawasan tak jauh dari rumah Pak Ee. Pun makan kuih juga. Dah dekat senja on the way home to Melaka, singgah ke rumah Mak On (Saonah). Ambil kesempatan beri motivasi dan kata-kata semangat kepada satu-satu anak Mak On, Nadia, yang akan ambil PMR tak lama lagi and I was told she's not ready. Itu adik beradik JY yang ada di BP. Ada lagi di JB dan Pontian dan Kluang, Tak sempat pergilah. Ada satu raya tu saya sempat bersama adik beradik JY buat lawatan hari raya ke rumah saudara mara, bermarhaban . Itu adalah cara untuk memeriahlan lagi suasana hari raya. Kemudian hari raya ke 6, berhariraya di KL di rumah Diana di Bukit Serdang. Diana baru beli apartment di sana. Berhari raya juga ke rumah Pak Mansur (arwah isteri Pak Mansur ialah adik JY) di Setiawangsa dan berkenalan dengan isteri barunya yang amat peramah dan 'kelakar'. Esoknya ke Kuantan, nak berhari raya lah di sana. Narimah datang ke rumah...but the days in Kuantan were short, tak sempat nak ke rumah kawan-kawan, ada aje hal lain yang perlu di selesaikan. Tapi sempat juga ke rumah Maznah, jiran sebelah rumah dan bersalaman dengan Datin jiran sebelah lagi. Oleh kerana masih lagi batuk-batuk kecil, saya tak dapat ke open house Narimah di Tok Sira dan Nik Zahurin di Bukit Sekilau. Ahad balik ke Melaka dan tidur sepanjang jalan. Sampai di BC, petangnya tu, Anas,Kak Ani and Ani (former student) berraya di rumah. Hidangan, kway teow goreng basah...Malam Ahad, yang bestnya!!!!! Ada kenduri kesyukuran di rumah Leka ( nama sebenar Nuralina) di Padang Temu. Leka ni SIL Ms Hart, MrS youngest sis. Oh macam-macam lauk pauk ada....ada gulai (or kurma)ayam, ada sambal udang petai kauw-kauw punya, masakan Kak Yah (Ms Hart SIL, yang memang handal masak) ada pelbagai ulaman dan sambal belacan, jelly dan bubur pulut hitam buat pencuci mulut. Oh yes nasi putih...Itu pun saya kena control sebab batuk tu lah. All nicely arraged on the buffet table...Tapi yang best, yang I rindu bangat (ah sound Indon)ialah masak asam tetel air tangan Chef de Royale Tapa. Memang mana-mana tempat, tak boleh lawan masak asam Melaka khasnya masakan En Tapa kita. Saya minta tapau lagi untuk sahur. Seronoknya makan di tepi kolam ikan Kao, berbual dengan Pak Ngah (MrS's eldest bro) and 'YB' Sahak (gelaran yang kami beri). Jumpa 'anak murid' lama, Kak Yah (MrS's sis) and her daughter, Mimi, and grandson, Haikal (yang tak kenal kami pun, tak pernah jumpa). Oh by the way, kenduri kesyukuran tu (bukan kerana SRKn dapat gelaran 'dato') tetapi hubby tersayang Kak Yah, Abang Yusop or Pak Teh (that's what they called him) baru-baru ni naik pangkat, rezeki anak-anak, cucu-cucu, buat lah bacaan doa selamat, kesyukuran dan sedikit (sedikit?)jamuan makan malam . Tahniah kepadalah kepada Pak Teh!!! Ramai lah juga tetamu yang hadir. Terima kasih kepada hos, Leka, dan Bad tapi sorry tak ada gambarlah, blogger yang hadir tak bawa camera. lain kali lah ye, jangan marah...
Tulah raya round up... sekarang nak habis puasa sunat syawal,, lagi 3 hari, boleh raya sakan lagi....

Raya lagi

getting ready for family picture

Salam Raya to all.

Yesterday. Ist raya, was a memorable day. MsHart and MrS slept late the raya night. Ms Hart cooked special Raya dishes (ayam bali, rendang, lontong, sambal udang, trifle)and all by herself. Superwoman!!!. Of course, MrS helped her. We woke up early that morning. But nowadays the raya morning is quiet compared to those of yesteryears. In those days, the neighbours and children, whoever they were, came a knocking or a 'salaming' very early in the wee morning, in fact minutes before the subuh prayers. We,in the house, would quickly wake up before they arrived. The children would salam, greet , in exchanged for 'duit' raya (in shillings). No 'ang pow' packets. But nowadays, there were no early visits (they will come later) The seniors would give away some cash in angpow packets instead of shillings. We then went to the mosque for the solat sunat raya. We too paid our respect to our late mak, bapak and kak long by visiting their grave.
Selamat Hari Raya....
The day was a bit windy and cold. Yours truly was down with a bad cold, runny nose, and sneezing. I was in bed most of the time. That was the ist day, a day to be remembered.