Salam raya kepada semua,
Bagaimana hari raya tahun ini? Saya, so-so, je lah.....sebab saya kurang sihat...batuk. Sempat lah ke DR S, lega sikit. Selain berhari raya di Melaka, berhariraya juga ke rumah-rumah adik-adik ipar di Batu Pahat. Maklumlah jarang berjumpa, maka macam-macam story mory lah. Mula-mula ke rumah Mak Idah dan Pak Sahak(gelaran di kalangan anak buah),di Bagan, lunch di sana dan ni raya pertama Mak Idah berhari raya dengan menantu. Mak Idah beri cenderahati raya tudung dan kuih raya. Kemudian ke rumah Pak Ee (Bukhari) dan Mak Lin, di Jalan Parit Besar, iaitu rumah tua adik beradik JY Makanlah kuih muih yang dihidangkan sebab kami dah kenyang lunch di rumah Mak Idah. Hujan lebat pula tu, petir berdentum siap dengan kilat. Semua senyap je....takut. Bila huja reda, ke rumah Mak Chuk dan Pak Man.. di 'laut' kawasan tak jauh dari rumah Pak Ee. Pun makan kuih juga. Dah dekat senja on the way home to Melaka, singgah ke rumah Mak On (Saonah). Ambil kesempatan beri motivasi dan kata-kata semangat kepada satu-satu anak Mak On, Nadia, yang akan ambil PMR tak lama lagi and I was told she's not ready. Itu adik beradik JY yang ada di BP. Ada lagi di JB dan Pontian dan Kluang, Tak sempat pergilah. Ada satu raya tu saya sempat bersama adik beradik JY buat lawatan hari raya ke rumah saudara mara, bermarhaban . Itu adalah cara untuk memeriahlan lagi suasana hari raya. Kemudian hari raya ke 6, berhariraya di KL di rumah Diana di Bukit Serdang. Diana baru beli apartment di sana. Berhari raya juga ke rumah Pak Mansur (arwah isteri Pak Mansur ialah adik JY) di Setiawangsa dan berkenalan dengan isteri barunya yang amat peramah dan 'kelakar'. Esoknya ke Kuantan, nak berhari raya lah di sana. Narimah datang ke rumah...but the days in Kuantan were short, tak sempat nak ke rumah kawan-kawan, ada aje hal lain yang perlu di selesaikan. Tapi sempat juga ke rumah Maznah, jiran sebelah rumah dan bersalaman dengan Datin jiran sebelah lagi. Oleh kerana masih lagi batuk-batuk kecil, saya tak dapat ke open house Narimah di Tok Sira dan Nik Zahurin di Bukit Sekilau. Ahad balik ke Melaka dan tidur sepanjang jalan. Sampai di BC, petangnya tu, Anas,Kak Ani and Ani (former student) berraya di rumah. Hidangan, kway teow goreng basah...Malam Ahad, yang bestnya!!!!! Ada kenduri kesyukuran di rumah Leka ( nama sebenar Nuralina) di Padang Temu. Leka ni SIL Ms Hart, MrS youngest sis. Oh macam-macam lauk pauk ada....ada gulai (or kurma)ayam, ada sambal udang petai kauw-kauw punya, masakan Kak Yah (Ms Hart SIL, yang memang handal masak) ada pelbagai ulaman dan sambal belacan, jelly dan bubur pulut hitam buat pencuci mulut. Oh yes nasi putih...Itu pun saya kena control sebab batuk tu lah. All nicely arraged on the buffet table...Tapi yang best, yang I rindu bangat (ah sound Indon)ialah masak asam tetel air tangan Chef de Royale Tapa. Memang mana-mana tempat, tak boleh lawan masak asam Melaka khasnya masakan En Tapa kita. Saya minta tapau lagi untuk sahur. Seronoknya makan di tepi kolam ikan Kao, berbual dengan Pak Ngah (MrS's eldest bro) and 'YB' Sahak (gelaran yang kami beri). Jumpa 'anak murid' lama, Kak Yah (MrS's sis) and her daughter, Mimi, and grandson, Haikal (yang tak kenal kami pun, tak pernah jumpa). Oh by the way, kenduri kesyukuran tu (bukan kerana SRKn dapat gelaran 'dato') tetapi hubby tersayang Kak Yah, Abang Yusop or Pak Teh (that's what they called him) baru-baru ni naik pangkat, rezeki anak-anak, cucu-cucu, buat lah bacaan doa selamat, kesyukuran dan sedikit (sedikit?)jamuan makan malam . Tahniah kepadalah kepada Pak Teh!!! Ramai lah juga tetamu yang hadir. Terima kasih kepada hos, Leka, dan Bad tapi sorry tak ada gambarlah, blogger yang hadir tak bawa camera. lain kali lah ye, jangan marah...
Tulah raya round up... sekarang nak habis puasa sunat syawal,, lagi 3 hari, boleh raya sakan lagi....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.