Telur gantung Bunga Carnation dan telur dalam sangkar
jadikan jambangan hiasan, boleh recycle nanti
Dulu...... bunga telur sebagai berkat, tanda terima kasih sudi datang, telur rebus yang diwarnakan merah (ceria dan berani), telur yang rebus dengan herba (kata Kak Pah, telur Johor) telur pindang (betul ke) yang perasa herba, ada yang plain aje....dalam bentuk gantung pada tangkai bunga, dalam bakul porcelain, dalam sangkar...bakul kait (knitting).Telur sebagai berkat, kononnya sebagai simbolik boleh tambah keturunan, makanan sihat,berprotein... Telur berkat ni....kalau banyak diterima....satu hari banyak rumah kenduri, satu rumah ramai pula yang pergi,....bolehlah dibuat....telur goreng berlada, masak lemak telur rebus cili api, dilenyek buat isi sandwich, buat garnishing mee rebus, mee goreng atau boleh dimakan begitu saje (titiskan kicap sikit)..oh sedap. Anak-anak pun rebut-rebut nak makan telur berkat...boleh bergaduh you kalau quorum ramai...Tangkai-tangkai bunga telur, kalau ada bakat seni , boleh digubah sebagai jambangan dalam pasu. Ada pula tu, recycle..maklumlah satu tangkai bunga telur tu bukannya murah...(siapa yang untung nanti? "akak Nya juga"). Yang jenis jimat, siap simpan dalam bag atau kotak, buat collection...lalu... kalau ada majlis kenduri next time, guna semulalah. Pelbagai rupa lah nanti..tak ape...asalkan jimat...Tapi pastikan ia masih presentable lagi...bersih tak ada habuk...the petals and leaves okey...
jadikan jambangan hiasan, boleh recycle nanti
Tetapi sekarang, walaupun ada yang masih memberi telur berkat, tetapi cuma untuk jemputan tertentu dan untuk majlis tertentu...kos sebiji telur mahal....budak-budak pun tak suka makan telur rebus....apa alternatifnya ya?
ini dia, jajan atau 'supposed-to-be-cupcakes' jimat, budak-budak pun suka
cikgu
ReplyDeletemmg JAJAN ni kesukaan budak2. Kalo dapat telur , penin nak fikir selagi telur tak habis menu yg best2. JAJAN tuh kejap je. tak sampai setangah jam balik rumah dah setel!
Ya lah, sampai sekarang telur tu belum di kitar semula...tak minat.
ReplyDelete