Sehari berlalu

Pembaca budiman,
Pagi tadi rajin sikit. Sesudah sahur, makan apa yang ada, kemas dan simpan pinggan mangkuk yang dah kering. Kemudian, buang sampah...jam 5.30 pagi. Hujan pulak. Tak lebat.Seterika baju. Solat Subuh. Hujan dah renti. Buka tingkap untuk udara pagi. Then ke halaman rumah. Memang dah plan nak bersih dan sapu laman rumah, nak sapu bersih daun-daun kering. Berhasil juga. Halaman dah bersih. Sedap mata memandang. Trim daun-daun dan ranting-ranting kering pada potted plants yang ado. Bubuh baja bunga sebab nampaknya pokok bunga menghijau je...Just In time.... pekerja-pekerja pemungut sampah datang pungut sampah. Gi ke kedai simpang, ke Kedai Nyonya untuk beli surat khabar. Amal suka baca surat khabar (bila rajin!)"Amal baca yang ada gambar je" Semalam ada write up GBS (Geng Bas Sekolah) kesukaan budak-budak di rumah ni. Hari ni ada write up tentang si Hadziq pulak (Hadziq Tom-Tom bak tu..) minat mereka juga. Sudah tu tak tau apa nak buat.....layar blog....hop sana sini....Tak masak. Ms hart akan beli lauk...masak nasi je. Kakak dengan rombongan cik Kiahnya bermarhaban ke rumah member-member, sampai petanglah tu. Jam 2.15 hantar Amal ke Kelas Fardhu Ain, walaupun boleh jalan kaki, hantar juga dengan kereta.. panaslah. Balik layan pula TV...no good program...telenovela lagi....menyampah, tak minat, tak berkenan pun. Hai, layan blog lagi baik..., kali ni ke 'rumah' Vimmy Yasmin...banyak ada link pada blognya. Layar je...Singgahlah ke rumah sesiapa.... nak habiskan masa. Jam 4.15 nanti nak fetch little Iddin (cucu den, anak Ms Hart) dengan Nabil (anak Kaseh) pula dari sekolah tadika Premier. Tentu nak layan budak-budak dua orang tu. Jam 6.00 nak ambil Amal pula dari sekolah agama nya.Then nak get ready for buka puasa. Nak makan apa ye untuk berbuka nanti? Ingat nak makan mee hoon goreng lah...2 more days to go.. Insya Allah.
PS: Daun-daun kering gugur lagi..... Alahai....

1 comment:

  1. Assalamualaikum Cikgu!
    salam aidilfitri lagi! nak tanya ni,tp malu. Apa nama penuh cikgu?

    Cikgu boleh tak join group SMTA kat facebook? masuk ikut facebook saya kat blogspot. Klik kat Profile / Info / Groups.
    Or cikgu search kat facebook ..SMTA. Thanks!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.