Musim kenduri

Yes, musim jom kenduri datang lagi. Kan sekarang musim haji, musim orang kahwin, open house penutup raya pun ada....

17th Okt....(last week)...MsHart and MrS buat open house for MsHart's office staff and friends. Dulu dah buat kat rumah BC (for non-Muslim friends), tapi this time they want to raya at , rumah baru MsHart, nak survey, nak evaluate (pass or not, Teoh?) MrS, for your staff bila pulak? Bulan raya dah nak habis ni!!!

18 Okt...(last Sat) Majlis Qatam al Quran, anak perempuan anak datin (Datin Hasiah) di Pringgit, sempena majlis pernikahannya malam tu. Ada Hadrah lagi...atas permintaan pengantin perempuan. Tuan rumah gave each of us a cute, small, handy kitab MAJMU' SYARIF KAMIL in a small goody bag...sweet scented with bunga rampai...Thank you Datin..

19 Okt...jiran belakang rumah buat open house and celebrate one year old bessday daughter mereka. Siap pasang khemah you....gave the bessday girl a cute baby doll (Amal pun nak juga..)

25 Okt...(today) my sis ajak ke Majlis Hari Raya LKPI di Selandar Jasin, petang nanti...but I malas lah, jauh juga tu....agaknya I nak ke gym lah bawa budak-budak yang dah lama asyik pester je...
Ada juga undangan Majlis Perkahwinan di Bukit Palah... tak.... tak kenal.

26 Okt.....pagi...10.00 am, majlis khatam al Quran 2 orang cucu perempuan Kak Wan (my sis's friend) at Air Keroh. Ada hadrah lagi, only nasyid songs. 'Jangan tak datang tau" pesan kak Wan. InsyaAllah, pergi.
Zohor teman kakan ke rumah kawannya, ada wedding.

Same day, (tomorrow) ada majlis kenduri doa selamat di BP. My SIL (Zaharah yakin aka Mak Chuk) and hubby Pak Man akan ke tanah Suci on the 3rd of Nov. Pesara Kerajaan Johor beruntung, dapat tajaan ke tanah Suci. Saya tak pergi kot, JY pun tak pergi,ada hal...Semoga semua selamat ya,mak Chuk dan Pak man. InsyaAllah balik nantilah, kita jumpa. Anyway dah called pun...
27 Okt....10.00 am. Open house penutup raya di rumah Zainun Ali (family friend) at Air Keroh..
After zohor, kenduri doa selamat di rumah Mokhtar (nickname 'Ketat'). 'Ketat' dan wife, Nor, akan ke Tanah Suci musim ini.
.

30 Okt...Maghrib thru isyak, Kak Hjh Rahimah (Pengerusi LKPI Melaka Tengah) with Kak Asmah(also friend)buat Majlis Kesyukuran dan Hajat di Masjid Selat. Program best: Ada Majlis Tadarus al Quran (1 juz bacaan berpasangan) Solat Isya' Berjemaah, Solat Sunat Taubat, Solat Hajat dan Majlis Jamuan Makan Malam ( dengar cerita Nasi Beryani, Kak Hjh Rahimah masak). Rancang nak ikut jugalah.. BUT
At the same day and time, guru tuisyen Amal, two houses away, jemput, Tahlil dan Bacan Yassin doa selamat... Occassion..untuk adik Wak Yah (nama tution teacher, nama glamourlah) yang juga akan menjadi tetamu Allah tahun ni. SO
kena bagi-bagilah dengan my sis nampaknya.

8 Nov.. Undangan Majlis Perkahwinan anak perempuan Uni Yah (Rasiah) dan Abang Rahman (family friend) di Taman Pringgit Jaya. Dah lama tak jumpa Uni Yah..

Adakah lagi jemputan....jom...moh...pergi makan....Alhamdullillah....






4 comments:

  1. Salam

    (Eh...belum ada orang datang!)

    Syukur...kita kat sini sentiasa dikurinai rezeki melimpah ruah....

    ReplyDelete
  2. xilinam751,
    Salam kepada anda. Syukur dan jangan membazir, ye

    ReplyDelete
  3. cikgu
    sebok betul cikgu. Jadual waktu dah tersusun rapi!

    ReplyDelete
  4. Ah ah, itu belum masuk yang tak ada dalam jadual, tiba-tiba ada je...macam semalam Isnin, tambah 2 dua open house lagi dan esok malam. ada undangan lagi. Syukur..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.