TERMINAL BAS MAKMUR

Imej di atas diambil dari dalam kereta. Tolong abaikan iklan-iklan tu ye.  Yang nak dikongsikan ialah bangunan yang gelap tu. Itulah terminal bas, terminal yang pernah saya ceritakan, terminal untuk bas-bas perkhidmatan luar Kuantan, 'out of town'
Pada masa ini terminal tersebut sedang dalam proses 'upgrading'. Jadi di mana tapak perkhidmatan bas ke  luar Kuantan beroperasi untuk sementara waktu? Di tapak parkir di hadapan Stadium Darul Makmur. Banyak khemah sementara didirikan untuk syarikat-syarikat bas beroperasi.  Laulintas pun  sesak di luar kawasan 'terminal sementara.' .Bagi mereka di luar Kuantan, lain kali, kalau naik bas  ke Kuantan,bas anda tidak  lagi berhenti di bandar Kuantan tetapi nun,  jauh sedikit, di bandar Indera Mahkota (IM). Sebuah kompleks terminal bas yang canggih (agaknya) sedang dibina. Katanya Jun tahun ini siap. Jadi dari sana kalau ada orang menunggu menjemput anda, tiada masalah. Kalau tidak, anda guna teksi atau naik  bas tambang ke destinasi anda seterusnya.
Bangunan terminal yang sedang diupgrade ini mengikut perancangan akan dijadikan UTC. Ada baiknya juga. Tak perlu kami yang tinggal di bandar Kuantan ke IM untuk berurusan dengan pejabat kerajaan berkenaan,

Hmmmmm, bertambah jauhlah saya nak ke terminal bas. Kalau sekarang, nak ke terminal cuma mengambil masa, kurang 10 minit dari rumah,   nampaknya lepas ni mengambil masa 30-45 minit. Jalan dari bandar ke  IM sibuk sebab IM kawasan perumahan dan terdapat kompleks pejabat kerajaan di sana. IM tu macam Hang Tuah Jaya Melaka, atau Putra Jaya, KL. Nampaknya kesesakan lalulintas di bandar Kuantan akan berkurangan, ye ke?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.