SERVIS TELINGA

Tunggu giliran

Sudah beberapa hari telinga kanan saya tersumbat. Rasa berat, berdengung.Pendengaran pun tidak selesa. Bila bercakap, kuat atau perlahan suara saya? Tak pasti.Nak jawab call hp guna 'speaker' yalah, dah biasa guna telinga kanan. Kalau tidak dengar sayup-sayup suara yang memanggil.  Ini bukan pertama kali saya mengalami telinga kanan tersumbat. Kalau salah korek, salah teknik...inilah akibatnya. Bila jadi keadaan begini, saya akan titis kan 'ear drop' untuk mencairkan lilin atau wax. InsyaAllah,kotoran  akan mengalir keluar. Tetapi kalau ia "berkeras" juga, saya ke doktor untuk 'servis' telinga. Ke doktor biasa sahaja, tak perlu ke pakar. Kini ia berlaku lagi akibat nak bersihkan (korek )telinga yang gatal..

 Hari Sabtu yang lalu  saya ke Klinik Kerajaan di Beserah. Tutup rupanya pada hujung minggu. Pergi  pula ke Pekan Melayu (Malay Town) dekat dengan ECM untuk mendapat rawatan mana-mana klinik swasta yang ada.  Pusing punya pusing, tak ada parkir. Lalu saya ke sebuah klinik swasta di Jalan Tun Ismail.  Jumpa Dr P,  seorang doktor  senior, sudah tentu berpengalaman. Dia teropong telinga kanan saya  macam dalam imej di bawah.   Contoh je (imej dari google)

Katanya, 'wax'  keras. Saya kata dah berhari saya guna ear drop dan minta Dr cuci telinga saya segera, dah tak tahan, Dr P minta saya  terus guna 'ear drop' sebab kalau cuci masa wax keras, sakit nanti. Dia menasihati saya masukkan betul-betul ear drop  ke dalam lubang telinga dan gesek-gesek luar telinga supaya kudah cecair masuk ke lubangtelinga.  Datang semula hari Isnin. Doktor ni baik lah  Dia tak charge apa-apa pun! Kalau ke specialist, duduk aje kerusi dalam bilik doktor, ah kena charge dah!
 Aduhai, puas saya titis cecair. Keadaan masih sama...berdengung...tak selesa langsung.

Hari Isnin saya ke klinik sekali lagi. Ah???Doktor cuti, Hari Rabu dia ada? En hubby tanya mengapa tak ke doktor lain. Saya masih tunggu Dr P. Sabar je le.

Hari Rabu. Saya jumpa Dr P. Saya berdoa di permudahkanNya segala urusan saya hari itu. Minta Allah pulihkanlah pendengaran saya.
Doktor P titiskan cecair ke dalam teling kanan saya. Rasa air 'bergelombang' dalam telinga. Sambil itu 'nurse' sediakan satu 'tray' kecil mengandungi  air dan letakkan di bawah telinga kanan. Lepas beberapa minit, saya rasa macam ada 'spray' air menembusi lubang telinga saya yang tersumbat. Sedap pula rasanya. Dr P telah mengguna sejenis alat untuk spray kekotoran telinga saya.  Dr P tunjukkan takungan dalam bekas, apa yang  keluar....... beberapa ketulan kecil wax telinga. tetapi tak banyak.
Doktor kata "ada lagi."  Dia spray lagi . Apa pula yang keluar kali ini?

" Cebisan cotton bud, ke?" saya tanya dengan rasa bimbang. Manalah tau tertinggal. Oh tidak!
"Ini wax yang degil. Keras Sudah lama  kumpul dalam lubang telinga" jawab Dr P.
'Apa rasa sekarang?"tanya Dr.
Lega! Telinga rasa ringan, pendengaran jelas semula.
"Biasanya nya saluran lubang telinga panjang. Tapi saluran lubang telinga kanan saya ' corner' sikit di hujungnya. Itu yang menyebabkan bila saya bersihkan telinga, benda wax  tertolak ke dalam. Sorok. Kumpul lama. Keras  Tersumbatlah.

Alhamdulillah!! Terima kasih Allah. Pada saat itu saya punyalah suka.
 Pendengaran dah okey, kembali asal, dah seimbang, tak ada bunyi dengung. Berkali-kali saya panjatkan kesyukuran.  .  Dr P dan nursenya senyum lihat  kegembiraan saya.

Ini ujian Allah SWT.  Lain kali saya elakkan korek telinga. Bahaya kalau salah teknik. Kalau rasa telinga tak selesa, jumpa doktor  'Servis'  telinga.

Baiklah, Sekarang saya nak layan drama bersiri Korea 'King of Ambitions' ..best cerita ini, tau.




28 comments:

  1. AsSalam Hj Na,

    Alhamdulillah..saya tak ada masaalah wax tapi saraf rosak, hilang pendengaran dah 4 tahun..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tau bagaimana perasaan Nanie. KIta yang telinga tersumbat dah rasa tak senang, ini kan pula keadaan seperti Nanie. Daripada nukilan Nanie di blog, Nanie seorang yang bersemangat, Take care.

      Delete
  2. Assalam kak, apa nama klinik Dr.P nie ek..bersebelahan dengan kedai apa ye???

    ReplyDelete
  3. Assalam kak, apa nama klinik Dr.P nie ek..bersebelahan dengan kedai apa ye???

    ReplyDelete
  4. klinik tu kat mana ye? nak cuba lah..kos berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sggh spa saya..pemeriksaan percuma..like page saya-spa cuci telinga

      Delete
    2. Boleh cuci semua ke yg kt dalam tu

      Delete
    3. Boleh cuci semua ke yg kt dalam tu

      Delete
  5. Assalamualaikum Kak,
    apa nama klinik.tu?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum akak , Saya nak tanya . Sakit tk kalau keluarkan cotton bud tu ? Dlm tlinge sy nie dh brsarang dh cotton bud tuh . Dalam 4 , 5 tahun yg lepas . Harap akk dpt bantu saya .

    ReplyDelete
  7. Salam saya ada buka spa cuci telinga..saya bt part time kt rumah..kerja hakiki jabatan ent. kalau berminat like page saya - spa cuci telinga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana spa telinga awak tu. Bagi contact number kat saya. 0193117730 Zaini

      Delete
    2. Kat mana spa telinga awak tu. Bagi contact number kat saya. 0193117730 Zaini

      Delete
  8. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete
  9. dia ni nipu je tak bagi info pakai type je jilaka Punya gampang

    ReplyDelete
  10. Sebuah posting yang terlalu bodoh.. Bagi la nama klinik tu njirrr.. Bangang... Anak haram mana la ni...

    ReplyDelete
  11. saya nak tau ,, macam mana caranya saya nak pergi ke klinik itu .. ape ya nama klinik tu untuk saya pergi kesana .. harap dapat membantu saya ..

    ReplyDelete
  12. Klinik tu dekat yer sis...telinga saya ni berdengung nih...aduyai

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Dekat mane ehh klinik nii dan kos pembayaran untuk servic telinga berapa ehh

      Delete
    2. Setahu saya mana2 klinik pun ada servis cuci telinga ni. Sbb prosedur dia pun simple je, tembak air utk keluarkan earwax.tak sakit pun, cuma rasa geli2 kena tembak air

      Delete
  14. Haha...kesini sb tadi baru jer p cuci telinga kali k2 slepas seminggu lalu cuci kali pertama dan dipesan dtg lg smgu utk followup tp smlm sakit sampai demam p klinik ingat boleh cucikan...rupanya hnya diberi ubat thn sakit.
    So hari ni...p klinik yg cuci kali pertama tu...cuci lg..
    Total kerana telinga ni..hbis dlm rm368...harap dah tak berdengung lagi dah... terima kasih ya Allah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.