CUTI SEKOLAH BERMULA

Hai, cuti sekolah, rihat satu minggu, sudah bermula!!
Di rumah BC,
terdengar bunyi pukulan kompang. Bukan, bukan ada pengantin. Tapi ada budak tu praktis pukul kompang. Dia ahli pasukan kompang sekolah. Buka sekolah ni ada pertandingan. Jadi semalam beli sebuah kompang. Bertalu-talulah hentaman dia......... Pang, Pang, Pang kom, kom, pang, pang.
'Iddin, praktis di luar lah. Bising'

"Nek Ngah, apa makna Z A K A R?' Bila dia baca tajuk besar dalam Kosmo hari ini, 26 Mac 2013
'Potong zakar bapa, diri sendiri' bunyi tajuk.
Apalah surat khabar ni!!!!
Rupanya dia konpius 'zakar' dengan 'zakat'

Kemudian kerja rumah, 'homework' bukan 'house work' Kerja rumah cuti sekolah. Banyak. Ha, buatlah!!
"Iddin, buatlah homework''.....Jawabnya "Tunggu Johan" (kawan sekolah dia tinggal sebelah rumah)
Tunggu Johan yang tidak ada di rumah. Maka hadap TV lah. Homework entah ke mana.

"Nek Lang, bawa Iddin tengok wayanglah. Bola Kampung" Ada ke ajak Nek Lang tengok wayang??
'Mana Nek Lang tengok wayang. Nek tak reti pun".Maksud saya, saya tak tahu cara nak beli tiket wayang pun.
"Iddin reti" jawabnya, yang masih tengok rancangan Bola Kampung. sambil baring. Kompang di sebelah

Selingan...
Nek Ngah pula pukul kompang,.....alahai nek ngah....dia pemukul utama group marhaban.
Lagu "Ya hanana......"

Holiday time.........faham-faham ajelah.
Moh lah tengok trailer ini, Iddin...



Nek Lang, nak milo.....(hai baru minum teh o ais)
Homework tak mula lagi !!!!!
Esok ada kelas tambahan fardhu ain,mula pukul 8 pagi.( Oktober , peperiksaan UPKK),
 Iddin tidur sini, Nek Lang! Orait!!

Kecoh, kecoh..baru separuh hari, hari pertama cuti sekolah!!  baru sorang budak, kalau ramai,
 macam mana ye??
Alahai...
bunyi pang, pang, pang, kom, kom,pang,pang dalam bilik..

6 comments:

  1. Replies
    1. Holiday time, nek ngah. Layan dengan tahap kesabaran yang ada!

      Delete
  2. Saya rasa stail cikgu menulis ni boleh sambung menyambung jadi sebuah buku !

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.