LAMAN BERCERITA

Salam sejahtera.
Malam tadi hujan lebat setelah sekian lama panas trang tang tang.
Seperti biasa lah. laman, banyaknya daun-daun kering pokok mambu bertaburan. Begitu juga daun pokok buluh. Baru pagi semalam saya bersihkan. Tunggulah...tak larat nak sapu setiap hari dalam cuaca yag panas kering ini.
Marilah kita kongsi bersama

bekas botol air mineral dijadikan 'pasu' semaian
pokok bunga raya
(bahagian bawah botol)


boleh juga  jadi 'tapak' untuk secekak penyapu lidi
(bahagian 'leher' botol)


timbunan pasu bunga yang pecah
akibat terkena sepakan bola,
sudah pun dibayar ganti rugi

guna pasu plastik, harap-harap tahan

antara bunga penyeri laman

itu sahaja cerita laman ku.....
Pagi sunyi, tiada pukulan kompang, dia ke kelas tambahan fardhu 'ain.

10 comments:

  1. Cantik-cantik bunga di taman,
    disirami air pagi petang,
    baja bunga dilupa jangan,
    segar mekar bunga berkembang.
    Happy gardening........bye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah Cuja berpantun ye,
      saya beli dengan pantun berkait

      baja bunga dilupa jangan
      segar mekar bunga berkembang
      pesanan Cuja dalam ingatan
      akan ku buat masa lapang.

      Delete
    2. Itulah nostalgia pantun. Byk faedah apabila kita rajin menanam & menjaga bunga. Bunga yg kembang mekar indah dipandang boleh menenangkan jiwa.Salam.....jumpa lagi...

      Delete
  2. Cantik2 bunga tu.Saya teruja dgn bunga ros tu. saya bayangkan bunga ros yg menjalar mcm kat taman2 inggeris!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas juga lah nak menjaganya. Ada kala menang membeli kalah menjaga. Matilah ia. Bayangan 'English roses in an English garden'tak menjadi. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum kak hajah nora...
    meriahnya dengan bunga-bunga...
    rajin bercucuk tanam bunga.. jadi indah rumah...
    (saya malas...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hajah,
      Bunga-bunga biasa aje. Rajin menananm kena rajin menjaga dan banyak belanja.

      Delete
  4. Assallamualaikum Hajah,

    Mama Nadz memang suka dengan N3 bab pokok2 bunga ni...kat rumah sekarang bunga ros kecil2 mcm kat rumah Hajah dah tak ada. hari tu silap letak baja, habis layu dan mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nadz. Banyak juga pokok ros saya tak menjadi. Tinggal yang ada tu lah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.