BISKUT COMEL


Salam sejahtera.
Comel 'kan biskut di atas? Comel dan manis!!!
Nama biskut ini "biskut butang"
ia popular di kalangan kanak-kanak satu masa dahulu.
kanak-kanak tertarik dengan warna krim
merah jambu, hijau muda, kuning, putih,
hingga kini 4 warna ini masih kekal.
Masih  kanak-kanak dahulu, saya suka biskut comel ini.
sekarang, masih suka lagi ^_^
Nampak di sudut biskut di pasaraya TM tadi,
terus beli
Masa kanak-kanak dahulu , kalau makan biskut ini
yang pertama hilang, krimnya.
Tinggallah biskut tanpa topping,tergolek-golek atas pinggan.
Sekarang, taklah makan begitu. 
Sekali 'gulp' masuk ke dalam  mulut,
hmmmm sedapnya
 krim  cair bersama 'badan' nya,
manis!


jom cuba biskut nostalgia ini!

2 comments:

  1. Zaman dulu semua budak2 makan biskut nikan...skrg susah nak jumpa.Agaknya kat kedai runcit mamak ada lagi kot! nak tgklah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.