SABTU DATANG LAGI

Salam sejahtera,
Hari ini hari Sabtu ke dua bulan Mac 2013
Cepat masa berlalu ye, tak lama lagi cuti sekolah.

Nampaknya tak ada agenda special hari ini
Jadi eloklah saya kemas-kemas 'rumah' saya.
Mula-mula nak hijau ('Melaka negeri teknologi hijau' tagline negeri Melaka!!)
Tetapi cuaca di luar ada mendung-mendung sikit....
'bilu'lah sudahnya.

Oh ye..sebelum itu teringat negara 'Korea Selatan'
Dulu pernah ke sana,
 2002.....lama dah, wei
Teringat sebelum ke Korea
Pinjam CD  Winter Sonata daripada  seorang cikgu staf sekolah
(buat homework, you)
Sebab dalam salah satu tempat dilawati ialah  Nami Island
babak-babak indah dalam Winter Sonata.
eloklah ada background cerita sikit kan ?

Masih kau ingat? (gambar dari google)
 Jadi entah mengapa teringat nak ulang tonton Winter Sonata
Kisah yang mengangkat  Korea sebagai tarikan pelancong
dan seterusnya mem' popular'kan  drama Korea yang lain.

Apa lagi, layaaaaan di You Tube.......dah episod 10
(ada 20 episod semuanya)
Dan terkenang kembali Winter Sonata satu ketika di Nami Island
Suka dengar alunan lagu, muzik latarnya
iringan piano, biola, instrumental.
soothing and calm







Okeylah harus berhenti,
Nak get ready, kemana?
Ke Taman Pelindung Beserah
Nak ke rumah saudara sama-sama ke Pulau Langkawi tempoh hari.

Salam...



4 comments:

  1. asslm..hjh..sy ni brangn jer nk.p korea.nth bila boleh smpai pn x tau.huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PB,
      InsyaAllah, akan sampai nanti satu har inanti.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.