KIM TAK GOO ke?


Pagi tadi saya ke ECM Kuantan,
'window shopping'
(betul!!)
Masa nak  ke mesen bayar parking
saya lalu di sebuah kedai buat donut
(anda tentu tahu kedai ini).
Saya berhenti...
saya bayangkan 'Kim Tak Goo'
Saya minta izin daripada pihak pengurusan untuk mengambil gambar
pekerja-pekerja nya sedang membuat 'roti'
' dari luar ye' kata mereka.
Eh.......
Siapa dia 'Kim Tak Goo'?
Dia adalah hero sebuah drama Korea
'King of Bread'
yang ditayangkan melalui Ch 391 sedikit masa dahulu.
Adegan-adegan Kim Tak Goo membuat roti 
macam dalam gambar-gambar  di bawah ini.

'membuat roti mesti dengan jujur dan ikhlas serta kasih sayang
sebab roti juga mempunyai nyawa. Ia hidup, berkembang
dengan 'yeast' yang ada.'

'KIM TAK GOO' tekun menguli tepung,tak kisah saya di luar


King of Bread juga memberi inspirasi dan' motivating factor'
kepada kakak saya yang rajin membuat roti pelbagai rasa.
'Kim Tak Goo' katanya ^_^

12 comments:

  1. Saya ada tgk cerita tu, tapi penyudah cerita tak ikut? mcmmana akhirnya cikgu?
    hehe saya selalu tersambung tak gu na..
    ya dia memang insirasi saya juga.( masa rajin buat roti!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ju suka juga ye? Akhirnya...KTG serah pengurusan syarikat kepada kakak tiri dia sebab dialah yang layak dan tahu selok belok syarikat. 'Adik' yang musuh ketat dia tu, baik akhirnya, tahu tak layak ambil pengurusan. Emak tiri dia tinggal sorang2 dalam rumah besar, BF emak tiri, kena tangkap. KTG bersatu semula dengan emak dia. Dia lebih suka buat roti daripada mengurus syarikat, Jadi balik semula ke kilang buat roti. Chairman...suka. Happy ending!!! Saya tengok kat internet sebab tak sabar tunggu kesudahan!

      Delete
  2. hehe skrg ni saya dah up sikit....
    cikgu masuk photomania/fb- lepas tu pilih gambar2. masukkan dlm header- dah siap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah!!! Dah up ye. Kalau begitu, aya pun nak up jugalah (ada macam bunyi iklan wakaf tak?) hee hee. Nantilah....terima kasih, Ju

      Delete
  3. Wau..
    Nama kedai
    Harapnya lebih enak dari biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini ialah kedai Big Apple Doughnut bukan 'Kim Tak Goo'.KTG adalah nama watak dalam drama bersiri Korea 'King of Bread'.Pekerja-pekerja di 'dapur' Big Apple mengingatkan saya cerita ini.

      Delete
  4. Replies
    1. Tak taulah PB. Kedai donut BIG APPLE. Akak tak suka donut dia.

      Delete
  5. Wah hebat....Belajarlah buat bread. Saya boleh dtg tumpang makan...He..he...he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cu yah
      Apa kata cu yah belajar. Saya tak berapa minat tapi tengok orang lain buat, suka.

      Delete
    2. Lebih kurang je kita ni. Tak cukup masa utk belajar masak dah.....

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.