KEROPOK UBI

KEROPOK UBI @ OPAK

 Seingat saya, keropok ubi kayu atau opak ini saiznya besar, bentuk bulat. Besar pinggan makan ada.  Kalau saya ke Pasar Malam, bukan Pasar Malam, tapi Pasar Minggu di Kpg Baru, di Jalan Bonos, KeYel,, mesti beli keropok ubi yang besar pinggan itu. Ada yang dah  siap digoreng, Kami beli yang kering. Ada beberapa keping, pelbagai warna, merah, kuning, putih, dibungkus dalam plastik lutsinar. Bila nak makan, kami goreng, Tapi bukan besar tak muat kuali.Kami gunting kecil, jadi empat segi. Bila menggoreng minyak tidak boleh terlalu panas. Nanti ia hangus sebab keropok ini nipis. Kami selalu jadikan keropok ini sebagai 'ulam' semasa makan nasi. Nak  lebih ummph lagi, kami jadikan dia sebagai sudu. Kaup nasi dengan kepingan keropok. Terasa bunyi 'kruup, kruup'...
Imej di atas ialah keropok ubi masa kini. Dah digoreng. Bentuk masih bulat tetapi bersaiz kecil.Ini tidak perlu gunting kecil. Boleh goreng sekeping sekeping. Ada juga yang rasanya manis sedikit. Mungkin ditambah gula pada bahannya. Saya tak suka yang ini. Saya suka yang  masin sikit. Ada juga keropok ubi yang ditabur hirisan daun..entah daun apa....tapi jenis ini dibawa dari seberang...nun sana.
Itulah keropok ubi,sedap dimakan bersama nasi (selera saya lah ^_^)

Tambahan: Keropok ubi cicah sambal lada  kicap,. sedap juga. Cuba lah. 


12 comments:

  1. Salam kak hajah nora...
    Ingat lg ya kak nora dgn keropok pasar minggu kg baru.... Kami panggil rekod..
    Mmg sedap dimakan dgn nasi...
    Kreatifnya kak nora gunting dulu sblm goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hjh,
      Semoga hajah sihat. Masih ingatlah keropok rekod yang menjadi target kami bila ke pasar minggu selain darioada jagung rebus,pecal, mee jawa,sayur pucuk paku....hai semua tinggal kenangan. Di rumah tak de kuali besar, jadi gunting keropok, dan mudah simpan. Take care hajah.

      Delete
  2. Replies
    1. ye ke acik? Mana sedap kopok ubi ke, kopok ikan?

      Delete
    2. samo yo sodap eh kak..hehe...

      Delete
    3. Acik,
      Satu raso ikan, satu lagi raso ubi...ikut selero masing-masing ,yo tak?

      Delete
  3. saya tak terfikir pulak nak gunting2. tapi dah lama tak makan keropok ni.seingat saya orang JAWA suka opak2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ju, gunting sebab di rumah tidak ada kuali besar. Kalau beli yang siap goreng, besar rekod LP masa dulu lah. Memang pun, asal kopok ini dari Jawo. Hi Hi.

      Delete
  4. Alang
    masa kat mekah dan madinah..hari hari diorang serve kopok yang kaler kaler tu..memang sah lah tukang masak dia orang Indon..kalau sehari tak makan kopok ni rasa tak puas lak..hehehe

    ReplyDelete
  5. Ya..ya...Masa kecil-kecil dulu biasa makan keropok ubi ni sama ada dibeli dari pasar @ buatan sendiri menggunakan ubi kayu tanam di kebun belakang rumah. Dah lama tak makan @ jumpa di mana-mana supermarket di Kuantan. Entahlah sya tak perasan kut......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tentu mak ji pandai buat keropok ubi ni ye, Fauzeyah. Di pasar besar Kuantan ada dijual tapi tak selalu dapat. Agaknya tunggu stok dari seberang tak? Mungkin di gerai-gerai jual keropok dan buah-buahan ada.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.