Rumput dan buluh serabut minda

Betul, rumput di laman serabut minda.
Rumput 'karpet' sudah tebal,  tinggi,
Dicelahan 'carpet' tumbuh pula pelbagai rumput liar....
Tinggi sampai ke lutut.


Sudah 3 kali hujung minggu,si  Mamat potong rumput kata nak datang
Kalau Mamat dapat datang, saya nak dia trim pokok buluh yang sudah 'kembang' rimbun
Saya nak minta tolong dia alih pokok cempaka tanam di tanah.
Setiap kali bila nak confirm, jadi ke tak jadi
"Hari Ahad saya datang"
Sampai harinya, tak dapat makcik, saya kerja'
Hujung minggu berikutnya,
"Tak dapat makcik, saya kerja di Johor, Ahad depan saya datang"
Hujung ketiga,
"Tak dapatlah makcik.saya kerja dua bulan di Johor
"Maaf ye makcik''
Terdiam saya. kecewa juga.
 Untuk makluman,
Si Mamat ni bekerja dengan sebuah nurseri di Melaka,
Bos dia dapat kontrak tanam pokok di Johor (tak tau daerah mana)
Terpaksalah Mamat utamakan kerja cari makan dia , kerja utama dia, kan.
.
Hai! macam mana ni, siapa nak potong rumput laman???
Panggil semula Jalil??
Tak, tak boleh. Jalil tak sihat, baru baik stroke. Beliau boleh bergerak, tapi takut, kalau silap langkah dia terjatuh nanti..alangke kecoh dibuatnya?
Panggil yang selalu potong rumput rumah jiran di belakang rumah.
Dah pernah panggil  dulu, tapi dia macam reluctant aje.
"Takut batu kena cermin tingkap"

Beli aje mesin potong rumput, eh, siapa nak buat kerja memotong rumput nanti?

Ah, tanya Khairil, jiran sebelah rumah.
Dia ada mesin.  Bila ditanya, dia okey aje.
Tunggu Khairil ajelah,
'Tapi saya datang bila saya free'
Okey, asalkan rumput saya tak serabut minda,

Siapa pula nak trim pokok buluh?
Siapa pula nak tanam semula pokok cempaka?

Tunggu Mamat,
2 bulan lagi!Hmmmm..... lepas raya lah tu!!
Alahai..........



9 comments:

  1. Kesihan... susah juga ya Hjh bila terpaksa bergantung kepada kelapangan orang.

    Setakat nak kongsi pengalaman yang juga menyerabut minda: rumput karpet asal saya masih ada, tetapi amat dicerobohi oleh pelbagai rumput lain; rumpunan buluh kuning cantik telah saya hapuskan sebab amat cepat beranak dan amat rajin melambakkan daun kering; cempaka saya yang dialih ke tanah amat laju membesar tapi bertahun-tahun tidak berbunga (maka saya sudah pupuskan); dan, sementara larat saya masih memesin sendiri rumput pelbagai-bangsa saya di sekeliling rumah sebab tukang mesin selalu suka rosakkan mata mesin dan memesin rumput macam tak memesin! Semoga Hjh lebih bernasib baik.

    ReplyDelete
  2. Adoi
    Kes berat ni Alang....Superboy dan SuperTok kan ada...hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Wah, menariknya stail baru ni...
    Saya cadang jgn beli mesin, suami saya beli seketika je pakai lepas tu dah tak larat...lepas tu susah nak hidupkan pulak...mcm2 maklumlah kita tak biasa dgn benda2 tu.
    Nak suruh siapa?

    ReplyDelete
  4. Kali ini saya datang entah macam mana ternampak gambar 'memori' yang mempamirkan ibu,bapa dan tiga adik beradik. Gambar memori seperti ini lah yang saya baru sahaja post kan. Kebetulan. Salaam daripada Pakcik. Rumput rumah Pakcik penuh dengan kemuncut perlu dipotong. Ada sedikit carpet grass telah pun dilanda rumput kemuncut. Itulah akibah malas menjaga!

    ReplyDelete
  5. Cikgu @ Al-Manar,
    Tapi tiga beradik ini tak pergi ke England, seperti dalam, posting terbaru cikgu.Kami, tiga beradik di rumah kedai Melaka. Sememangnya orang yang rajin sahaja yang tanam rumput carpet. Bukan begitu?

    ReplyDelete
  6. Kalau dah datang keblog sekurang kurang kata 'hai' saja pun cukup! Seronok tuan rumah blog bila tahu ada lawatan orang yang sudi beri salam,kan?

    ReplyDelete
  7. Hjh,

    Sebenarnya saya berseloroh saja. Inilah jadi bila saya cuba guna bahasa Melayu. Banyak yang tak kena terutama sekali ijaan ( ke ejaan?) dan tatabahasa.

    Dulupun saya pernah kemari dan tinggal sepatah dua kata bila tajuk menarik minat saya. Orang tua ini 'pemilih' sedikit. Harap maaf.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.