Musim buah binjai datang lagi. Di Pasar Besar Melaka, harga sekilo binjai, RM10.00. Ada yang masam,ada yang manis.Yang masam kita boleh buat sambal belacan. Yang manis, boleh dimakan begitu sahaja,
Untuk buat sambal belacan binjai, cuma bakar belacan (saya guna belacan Melaka lah), Kemudian tumbuk dengan beberapa biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing), masukkan sedikit gula pasir.(garam tak masuk sebab belacan dah masin).Bila dah lumat, masukkan isi buah binjai. yang telah dibuang kulit..Tumbuk sambil lenyek-lenyek binjai bersama sambal. Gaul rata.
Ada cara lain buat sambal binjai ni.
Hiris beberap keping binjai. Jangan buang kulit. Jerukkan.Bila jeruk binjai sedia dimakan, tumbuk cili (merah atau cili padi)bersama belacan bakar. . Ambil beberap keping binjai jeruk. Letak atas pinggan. Tabur sedikit gula. Sambal belacan letak di samping jeruk tadi.
Bila nak makan 'colet ' sambal tadi dengan binjai jeruk.
Sudah tentu makan dengan nasi putih. Sedap lagi kalau ada ulam!
Masalah!!!
Buah binjai elok di 'sambal' kan cepat-cepat!
Buah binjai berbau 'harum'menyusuk hidung (macam durian juga!!!)
Kalau simpan dalam peti ais, satu peti boleh berbau.
Macam mana?
Sambal belacan binjai pembuka selera!
Kak Hjh bayangkan - saya baca N3 ni...terasa2 kemasaman sambal binjai ni!!! sib baik tak meleleh air liur ni...mahalnya harga binjai !
ReplyDeleteSAK,
Delete3 rasa....masam, pedas, manis. Ada juga yang murah, jual longgok tapi buahnya dah lisut-lisut. Pergi cepat ke pasar sentral sebelum meleleh air liur.
meleleh juga airliur saya ni..
ReplyDeleteingat balik melaka nanti nak carilah juga kat pasar merlimau...
Eloklah tu hajah,buah binjai ni bermusim. Nanti habis musim, tak dapat makan sambal binjai.
DeleteSalam,
ReplyDeleteKecur air liur saya..memang suka sambal belacan binjai,
Dah lama tak nampak buah binjai..huhuhuhu
Maaflah, Nanie, cerita sambal binjai buat kecur air liur. Kata penggemar sambal binjai, lebih masam sambal, lebih sedap. makan dengan nasi putih.Lauk lain tak de tak ape. Tentu buah binjai ada di pasar KL tak?
Deleteala..mana gmbarnya.teringin nak tengok.
ReplyDeleteTak de gambar, kira tak payah ambik, biasa-biasa aje, PB.
ReplyDeleteAs salam hajah,
ReplyDeleteWalau mahal harga binjai ni org tetap beli sbb ia makin payah nk jumpa skrg. Pokok binjai pun semakin pupus. Dulu kat tmpt saya mudah nk dapatkan buah binjai bila tiba musimnya tapi sekarang sangat payah. Buah binjai mmg sedap dibuat sambal atau dimasukkan dlm beberapa jenis masakan tradisional.
sdra Adry,
ReplyDeleteHari pertama saya ke pasar, nampak banyak buah binjai. Dua hari sudah itu, hai, stok dah kurang. Jadi rebutan agaknya. Buah binjai masak gulai pun sedap.
wah kak nora, sebut binjai ni boleh buat air liur kecur. Betul!!!
ReplyDeleteHajah,
DeleteBinjai jeruk......hmmmmm
Tak ada gambarnya pun ramai yang terliur. Bayangkan kalau Hjh paparkan gambar sambal tumbukan Hjh tu! Saya tak pernah menyambal binjai dan tak tahu rupanya ada binjai yang manis dan ia boleh menyerbakkan peti ais.
ReplyDeleteSalam Temuk,
DeleteSaya rasa sambal ini mudah aje buatnya. Tak perlu difoto. Cubalah buat sambal ini. Tapi rasanya bergantung kepada selera masing-masing.
Bila biasanya musim buah binjai berbuah.
ReplyDelete