Cik Kiah dan shopping sakan

Seperti biasa, setiap kali berhenti, Cik Kiah-Cik Kiah "Turkish" mesti nak keluarkan lira.
"I will tell you where to buy and where not to, " pesan Mr.Cihan, tourist guide kami, yang ada kala sabar ada kala 'berleter' sikit  kat Cik Kiah-Cik Kiah ni.
Tapi ada Cik Kiah kisah? Suka hati akulah!! Pening, pening Mr,Cihan, tak boleh nak cakap apa. Kalau dah perempuan tu, shopping mesti di hati (bukan dekat lagi), walaupun seutas 'key chain'.
Walaupun kita ganda dua wang kita di Turki, 1 Lira = kurang lebih RM2 Malaysia, Cik Kiah-Cik Kiah yang ingat mereka di 'kampung' tetap membeli untuk anak-anaklah, untuk suami lah, untuk murid-muridlah, staflah, cucu, .....semua ahli keluarga dan sahabat dalam lis membelibelah Cik Kiah. Budaya ini memang wajib setiap kali melancong.
 Di Turki, kebanyakan kedai tidak meletakkan tanda harga. Dan juga kita mesti pandai tawar menawar, tawar separuh harga daripada yang diletakkan. Kebanyakan kedai terima mata wang lira, USD . RM tak nak. Tapi ada sebuah kedai di Grand Bazar terima RM!
Layan gambar-gambar Cik Kiah-Cik Kiah bershopping sakan.
Di Spice Bazaar dan Grand Bazaar..Istanbul

Di gerai-gerai tepi jalan, countryside
 Di kedai-kedai terpilih, a must dalam touring.  Ada yang benarkan kita bergambar, ada yang 'no picture'seperti di cotton product, Turkish cotton. 
Antara tempat 'mewah'.

Carpet, harga ?? Cantik tetapi tak mampu kami. Cuci mata je lah
Pilih Turkish Delight , pilih bawa balik Malaysia
Pilih batu turquoise


Nampak 'tin' teringat seorang collector 'tin'. Dalamnya, beberapa Turkish Delight
Pilih handbag leather.
 Antara cenderahati,
Di Turkey sahaja dapat 'mata-mata biru' ini
Mestilah gembirakan, dah beli hadiah untuk mereka di rumah.Ada lira lagi Cik Kiah?
Of course, happy,  terserlah pada wajah anak murid ku.(masa mengajar di Melaka dahulu)
'kastam' nak check sebelum naik bus. 'Kajol' dan Saadiah penuh tangan
Multipurpose, kata Faizah
Nak habiskan lira, beli poskad di hotel. 1 lira, 2 poskad
Hai, beg tambah sendat, beranak pun ado..

Puas, rasa puas

Sedap shopping, tak payah nak fikir convert- tukar lira, balik nanti buatlah kira-kira sendiri!!
Ada penjual di Bazaar, nampak aje orang Malaysia, akan menyapa " Malaysia? Aku cinta kamu!"
Mana dia orang belajar entah??

10 comments:

  1. untuk kita tak ada ker...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera che Kiah kaya....

    Wah, seronoknya dia, shopping sakan.
    Dah habis kita lira....
    Saya suka pinggan dia, cantik2kan. Poskad oh mesti beli, tapi saya berjln hanya ke istanbul je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Rezeki diberi Allah. Cik Kiah belanja berhati-hati, khuatir kayap nanti. Tengok aje yang lain membeli. Lain kali Cik Jari Jemari, pergi pula teroka Turki.

      Delete
  3. bestnya gi jenjalan ke Turki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Acik,
      Ye Acik memang best jenjalan ke Turki, nak pula kena geng.

      Delete
  4. seronoknya..macam nak pergi -nak pergi.suka tengok warna warni shopping!
    melancong ke Turki ada dalam list tapi bukan dalam sedikit masa ni , sebab hujung tahun nak ke tempat lain dulu..

    Sukanya biru-biru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, nadz, Turkiye is a MUST dalam lis melancong. Gang Cik Kiah, very tired but happy.

      Delete

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.