Kembara Bumi Turki Hari Kedua

Hari ini cerita lagi,
7.30 pagi, kami check out hotel. Agenda seterusnya melawat tempat-tempat tumpuan di Bursa. Masa kita naik ferry ke Bursa semalam, sebenarnya kita menyeberangi sebahagian Lautan Marmar. Bursa pernah menjadi ibu negeri Ottoman Empire (1326-1453). Apa yang menjadi tarikan di Bursa? Guide bawa kami ke Sultan Mehmat1 Mouseleum, perkuburan kaum keluarga diraja. Dikenali juga sebagai Green Mouseleum.  Kami tidak dibenarkan ambil gambar.  Ramailah juga pelawat-pelawat tempatan bertafakur dan berdoa.Orang kita ambil gambar di luar ajelah, seperti biasa bunga-bunga munjadi tarikan. Pokok bunga ini ditanam sepanjang 'pathway'. Baru nampak bunga kecik-kecik dah excited!!

petunia
 Nak pergilah pula ke Silk Market,  tutup, jam 9.00 baru buka. Simpan lira dulu , nanti banyak lagi tempat shopping untuk habiskan lira, mama!
antara yang kami temui, riang ria mereka, mesra!!
Lepas tu, guide membawa kami ke Green Mosque. Kita ingat bolehlah buat solat sunat bila melawat masjid. Rupanya di Turki, wanita tidak dibenarkan solat di masjid. Mereka sembahyang di rumah. Tempat wuduk wanita pun tak ada. Sembahyang terawih wanita boleh solat tetapi mesti ambil wuduk di rumah. Solat berjemaah hanya pada solat Jumaat. Masa kami meninjau-ninjau kawasan masjid, ada beberapa jemaah lelaki sedang mengaji. Ini ialah antara gambar-gambar dalam Green Mosque.
mendengar, mencatat, 'shooting'
fountain dan kolam ambil wuduk dalam masjid


Tak banyak tempat kami pergi di Bursa. Dari Bursa kami teruskan perjalanan ke Pamukkale yang terkenal sebagai  Cotton Castle . Ah? Ada 'istana kapas'? Nantilah catatan seterusnya.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.