Sudah tentu travelling day. Kuala Lumpur-Istanbul-Bursa
Amboi...lamanya dalam kapal terbang Baguslah Qtr Airline ini. Layanan memuaskan sekali. Food pun okey!
Dari KUL ke Doha,6 jam.Aduh, penatnya kaki. Sampai Doha, cepat-cepat tukar plane. juga Qtr Airline, ke Istanbul, lagi 4 jam Malamnya (Malaysia. pagi), kami sampai di Istanbul, disambut oleh wakil agen pakej. Sudah dapatkan bagasi masing-masing, kami terus naik bus yang disediakan ke Bursa.
Welcome to Turkey, Land of the Tulips ( musim tulip dah habis) |
Dapatlah capture sebahagian jalan raya Istanbul |
Dalam perjalanan ke feri terminal ke Bursa (nak ke Bursa sebahagian perjalanan, dengan feri ( macam feri Pulau Pinang) kami sempatlah menikmati keindahan bandaraya Istanbul. Istanbul, letaknya antara benua Asia dan Eropah. Dari Asia kami ke Eropah ke Bursa . Sampai seberang, teruskan perjalanan darat ...lama-lama sampailah ke bandar Bursa. Dari Istanbul ke Bursa 2 1/2 jam. Jadi perjalanan kami dari KUL ke Bursa mengambil masa lebih 1 hari. Kami dibawa ke hotel untuk penginapan malam pertama di Turkey. Di hotel kami makan malam. Tapi oleh kerana 'dinner time' mereka dah tamat, makanan dah pun sejuk...makanlah apa yang ada sebagai alas perut. Masing-masing pun dah letih!!
makan jangan tak makan |
Sebelum bersurai ke bilik masing-masing, kami diberitau 'wake up call' jam 5.00 pagi, sarapan, 6.30 pagi, berangkat untuk acara lawatan keesokan hari, 7.30 pagi.
Sesuai sangatlah kita melawat Turkey musim panas sebab waktu siangnya panjang dan malam pendek. Subuh jam 4.00 pagi...maghrib 8.30 ptg (malam?). InsyaAllah, puaslah mengembara di bumi Turkey!
Salam cikgu
ReplyDeleteWah, beronok2 kat luar rupanya. Bestkan.
Saya ke Istanbul je, tapi teringin nak pergi lagi.
Salam Ju,
ReplyDeleteMemang cantik pemandangan country side Turkey, juga Istanbul. Pergi Ju.
salam kak nora. Saya kepingin sangat nak ke turkey ni tapi ada saja yang menghalang. Seronoknyaa...
ReplyDeleteYes, hajjah, memang sangat seronok walaupun penat. You should go and take pictures of the beautiful scenery and people, but bawa 'lira' banyak-banyak.
Delete