Zero point

Salam semua,
Pernah tak anda main game 'zero point' ? Saya tak pernah main (masa tu tahun 70'an) cuma tengok aje budak-budak bermain 'zero point'. Sangat popular, mana-mana kita pergi nampak mereka (selalunya budak perempuan), di padang sekolah, di laman rumah, di taman permainan. waktu rihat (recess) merata kawasan sekolah, budak-budak petempuan asyik terlompat-lompat melintasi 'talian' getah( macam tali skipping). Sangat popular musim itu.Getah atau' rubber band' diikat secekak-cekak (1 cekak ada lebih krang 5 helai rubberband, disambung-sambung jadi tali skipping. Dua orang pemain pegang tiap satu hujung 'tali' tadi. Seorang lagi akan cuba lompat melintasi 'tali skipping getah,tersebut. Stage 1, diletak atas tanah. Mudah, boleh lintas, sebab itu dipanggil 'zero point', tak perlu energy boleh lintasi tali. Kata mereka 'kacang; je. Stage 2, tinggikan sikit ke lutut. Boleh lagi lompat. Stage 3 ke pinggang, lompat. Boleh lagi. Stage 4, ketiak. Dah tinggi tu. Tapi dengan kemahiran dan langkaun, energy, sekelip mata, boleh dilintasi. Stage 5, atas kepala. Lagi tinggi, tentu tak boleh lompat. Eh, juga dengan kepintaran dan kemahiran melompat, serta energy yang kuat, dan teknik yang tepat, cubaan boleh di atasi. Pemain yang berjaya ini akan terus lompat. Stage ini dipanggil 'timbang' lompat satu kaki sahaja sambil kaki yang satu cross melintasi 'tali' lompat, lompat, sampai tak berdaya, sampai penat. Good exercise. Boleh berpeluh dan menyihatkan badan. Siapalah pencipta permainan ini, ye? Maaflah saya tak dapat nak terangkan kan dengan visual supaya lebih jelas game 'zero point' Sesiapa yang 'children' (sekolah rendah) waktu tu faham apa yang saya maksudkan. Zaman ni tak nampak budak-budak cergas seperti dulu. Kebanyakan budak-budak zaman siber ni main game PSP, video game, game boy, computer game. No sweat!!

4 comments:

  1. kak nora,
    saya masih ingat lagi main getah-getah macam tu... memang seronok kan masa kita kecik-kecik dulu....
    Kena perkenalkan semula buat anak-anak kita lah...
    saya nak mulakan dengan main selipar...
    (nanti bila dapat kumpulkan semua anak sedara kat umah abah di melaka, boleh ajak mereka main ramai-ramai...)

    ReplyDelete
  2. Salam hajah,
    Banyak lagi permainan tradisional yang perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak siber ni.

    ReplyDelete
  3. salam.

    eeeee..saya dulu champion main zero point. Sebab saya tinggi, no sweat nak melompat2! Dulu main campur dengan budak lelaki. Bila lompat2 tu, memang boleh nampak seluar dalam. Hahahaha.....

    Satu lagi, permainan konda kondi. Pakai kayu.

    Permainan dulu sebenarnya memahirkan kita mengira. Budak sekarang ramai yang tak tahu sifir pun...

    ReplyDelete
  4. Salam,
    TK .....superwoman. Manakan tidak 'super'.. champion zero point:-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.