Penat

Salam semua,

Malam ini baru terasa penat....tapi sempat memblog.
Pagi tadi buat soto. Kononnya untuk petang sebab ketupat segera belum rebus. Mana sempat nak padat dan sejuk ketupat kalau rebus pagi dan makan tengahari. Balik pasar terus rebus ketupat. Sambil tu kemas dan bersihkan ayam, buat bergedel kentang, buat bawang goreng dan 'aksesori' soto yang lain. Ketupat pun masak. Letak bawa kipas untuk cepat sejuk. Sambil tu, buat sup soto, rempah soto muar. Tak payah tumis-tumis. Cuma rebus air dan bila dah mendidih, masuk kan rempah soto dan ayam. Rebus dalam masa 30 minit. Mudahkan? Nampaknya tak jadi makan soto untuk petang, 1.30, ketupat pun sejuk dan padat. Jadi lunchlah kami dengan soto. Nasi putih pun ada juga tapi tak berusik. Sudah lunch, seterika sarung bantal dan selimut yang dah kering di jemuran. Cepat kering sebab angin kencang dan cuaca terang benderang. Tea time pun ulang makan soto (sedap atau tak ada apa nak makan?)
Apa nak buat dengan nasi putih yang tak berusik tu? Okeylah for dinner saya goreng nasilah. Nasi Goreng Kampung. Betul-betul kampung dengan cili padi dan belacan, tok-tok-tok tumbuk jangan tak tumbuk (taruk banyak belacan, pesan JY), hirisan kacang panjang muda (halus dan panjang). Bila makan berdesing telinga saya...pedas...but not to JY. Minum pula teh o panas. Sedapnya (compliment supaya lain kali buat lagi lah tu)
Dah masak tentulah kena kemas kan? Kemaslah pula dapur, cuci kuali dan periuk, pinggan dan seangkatan dengannya. Simpan pula yang dah kering ke 'rumah' masing-masing.
Itulah kerja saya hari ini. Mana dengan melayan kerenah dan permintaan budak-budak di rumah.....lenguh kaki ni....nak rendam kaki dalam garamlah! (Zah, boleh juga rendam dengan air laut Selat Melaka).......

6 comments:

  1. hahaha.perli ya.....kalau rumah dekat laut boleh laa kak,,kat KL ni mana ada laut...pantai ada laaa

    ReplyDelete
  2. Sal ezzah,
    Apa-apa pun, kena rajin dan disiplinkan diri kalau kita ikut satu-satu progam kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Rajin betul Pn dgn kerja2 rumah tu. Masak macam2 selalu. Dah bersara ni takpalah, ibadah jaga orang2 yg disayangi. En. JY pun tentu rajin bantu, kan? Salam.

    ReplyDelete
  4. Salam Temuk,
    Terima kasih. Begitulah kerja harian. Masa kerja dulu tak pulak macam ni. Take care.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nora,

    Kerja rumah macam tulahhh..memasak, mengemas, memasak, mengemas...tak sudah, sudah.... :-)

    ReplyDelete
  6. Betul lah, AY. Nak jalan-jalanlah macam AY naik bas...pi makan angin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.