Al fatihah

Salam semua.

Dapat berita sedih dan mengejutkan. Teman dan sahabat ku, Kak Zaiton binti Abu (adik kepada Zainal Abu, penyanyi asal Sungai Pahang) telah pergi ke Rahmatullah pagi tadi, jam 8.45 pagi. Arwah adalah my Form 6 classmate, printis Tingkatan 6 di SAB, KL, era pertengahan 60'an. Arwah merupakan seorang yang kami anggap macam big sister, always there to listen and comfort us. Seorang yang ceria, adventurous, suka mengusik, bersuara lunak, sedap dengar suaranya bila menyanyi. Pernah dengar suara arwah melalui drama bersiri 'Fajar di Bumi Permata' terbitan RTM 1 satu masa dahulu. Pernah juga lihat dia berlakun drama TV. Sejak meninggalkan SAB, kami tak pernah berjumpa...tapi ada sekali dua arwah contact saya(thru phone) di Kuantan. Ada juga lihat foto lamanya (waktu tu di Tkn 6) dan foto terkini melalui blog Nukilan, (penulisnya, clasmate juga). Terkejut juga dapat berita pemergian arwah. Tak sampai niat saya nak jumpa Kak Ton untuk pengkisahan zaman dolu-dolu. Namun Al Fatihah buat mu kak, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu. Semoga kak damai di alam sana. Semoga keluarga Kak Ton bersabar menghadapi ujian Allah ini.

PS: Yang saya tahu sekarang dah 4 orang former classmate telah 'pergi tak kembali' : Hajah Shahirah Azmi binti Mohd Amin, Abbas bin (lupa sirname), Maimunah Madarshah Zaiton binti Abu. Al Fatihah buat mereka......

6 comments:

  1. kak nora,
    Al-Fatihah dan takziah.
    Adakah Allahyarhamah ZAiton Abu ibu kepada marlia musa dan suaminya dahulu adalah Allahyarham Musa albakri...
    Bapa mertua saya pernah mengajar di sekolah aminudin baki sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke UM.

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah buat Allahyarhamah Zaitan Abu. Moga rohnya dicucuri Rahmat Allah.

    ReplyDelete
  3. Salam hajah,
    Ini bukan ibu Marlia Musa. Dia adik komposer Zainal Abu.

    ReplyDelete
  4. Dear Acik, Saya aminkan doa. Aaameen....

    ReplyDelete
  5. Pn. Hjh.
    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah mememberi segala pengampunan & belas kasihanNya kepada arwah. Juga kepada rakan-rakan lain seangkatan yang telah pergi dahulu. Banyak kenangan manis ye ...

    ReplyDelete
  6. Salam Temuk,
    Aaamin. Ye, betul, banyak kenangan manis yang tidak boleh dilupakan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.