Talam keladi roti

Salam 2 all,

Kan dah kata. Dia rajin nak try resepi yang baru belajar. Petang tadi dia buat Talam Keladi Roti. Tengoklah gambar di atas. Penuh taburan aksessori. So 'tempting' kan? Silap-silap macam mee hoon goreng kan? Kali ini dia nak share resepi talam ini lebih-lebih untuk orang di Klang tu, Ezzah.
Cara-caranya:
1. Roti 5 keping direndam dalam 300ml air. Rendam hingga hancur.
2. Masukkan tepung gandum Red Rose 200gm ke dalam (1), masukkan air 350ml, garam 1/2 cteh, gula 1/2 cteh. Kacau hingga sebati.
3. Keladi 300gm diparut, lalu digoreng dengan sedikit minyak. Goreng sampai wangi dan ditoskan.
4. Bawang merah 100gm, hiris, dan digoreng (untuk taburan nanti)
5. Udang kering 60gm digoreng,(tinggalkan separuh untuk hiasan taburan), masukkan keladi yang siap digoreng, garam 1/4cteh, serbuk five spice 1 cteh, serbuk lada sulah 2 1/2 ctah, air 150ml, serbuk perasa (jika suka) 1/4 cteh. Masak hingga jadi kering.
6. Masukkan (5) ke dalam (2). Kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam 8x8 loyang empat segi ( disapu minyak dulu). Kukus selama 40-50 mins.
7. Untuk hiasan, taburkan kacang tanah (goreng dan telah ditumbuk halus), udang kering (yang telah digoreng tadi),hirisan lada merah, hirisan daun bawang.
Tapi ingat ye, talam keladi tidak boleh dipotong bila baru siap masak, atau bila dia masih panas. Biar cool dulu.
Talam ini sedap dimakan dengan soso cili.

Okey Ezzah, jangan tak cuba pula talam keladi ni.


Saya makan sepotong aje. Sebab, dah seminggu saya batuk. Baru nak sembuh. Khuatir nanti balik semula batuk saya kalau makan banyak. Sempat juga sanak saudara berdekatan merasa talam ini, "buatan sendiri", air tangan dia, my kakak.

2 comments:

  1. ((((Muarghhh)))) buat angah n Alang ...talam tu kelihatan sangat comel dan menggiur kan mata memandang....

    Kalau lah kami duduk dekat2 rumah alang ni...dapat bau pun dah cukup.....hahahaha

    Lepas raya ni boleh kita cuba...kak tepung cap bunga ros ni tepung gandum atau tepung beras kak?..larikkkk..... kalau salah tanya....

    Selamat hari raya korban buat alang sekeluarga...juga buat Ms Hart dan Mr Big Heart n the broods...dari Aziz , saya n family...dengan ucapan bila nak sampai klang niiii

    ReplyDelete
  2. Dear Ezzah,
    Tepung refine flour atau tepung gandum biasa pun boleh. Tepung beras no way sebab dah ganti dengan tepung roti. Itu gua punya sifu cakap lo.Slamt HR Qurban kepada ezzah and family too from the BC brood. Nak ke Klang tu InsyaAllah.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.