Mas
Salam 2 all,
Lagi satu tanaman herba di laman (yang jadi pokok hiasan) ialah Emas Cotek. Emas Cotek ini ada 2 jenis, yang jantan dan yang betina (kata adik penjual di pasar). Yang dalam gambar di atas emas cotek betina. Ia juga salah satu ubat tradisional yang khasiatnya berbagai. Antaranya,
mengeluarkan toksin dalam badan
melancarkan perjalanan darah
sakit urat saraf/sakit sendi-sendi
mengurangkan kandungan gula dalam darah
membuang kolestrol dan lemak
pemulih tenaga batin
mengecutkan saluran peranakan /merapatkan pintu rahim
mencantikkan dan melicinkan kulit
merawat paru-paru berair
pemulih tenaga batin
penawar sakit pinggang
merawat migrain
Cara pengambilan, cuci daun, keringkan (jemur), rendam dalam air panas....minum airnya untuk satu jangka masa. Eh, kalau di lihat khasiatnya, herba ini boleh jadi penawar semua penyakit nampaknya? Saya tak pernah cuba, hanya ditanam sebagai hiasan. Apa-apa pun sebarang ubat yang kita ambil mestilah sederhana, berpada-pada, kalau ter'over' pula ada 'side effect' nya, macam kita ambil 'panadol' atau ubat-ubat pain killer yang lain. Yang penting 'drink plenty of water'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kak nora,
ReplyDeletedalam memberi maklumat tentang herba-herba, carikan herba yang boleh sihatkan buahpinggang?...nak cuba tradisional pulak...
entah lah kak,
ReplyDeletekalau pergi kat pasar tani or pasar malam..suara orang yang jual ubat ni macam lah pandai sanagt..ubat ni boleh baik penyakit itu ini...takut saya mendengar nya...
Ada banyak orang suruh saya makan ubat ini dan itu, saya tak layan pun sebab mereka mereka yang dok push orang makan itu ini tu lah yang banyak penyakit...hahaha
Salam hajah rahmah,
ReplyDeleteIni maklumat tentang herba yang ada kat laman akak. Sihatkan buah pinggang....hemmmp...nantilah ye.
Salam Ezzah,
ReplyDeleteSemua penyakit ada ubatnya. Dengan keizinan Allah jua.