Lempeng lagi

Salam 2 all,
Pagi  ini saya buat lempeng kelapa lagi!!!!!Kali ini nak jamu kawan-kawan 'murid-murid' kelas Bahasa Al Quran my kakak . Awal- awal dah buat  sambal tumis ikan bilis.  Siap, buat pula  lempeng. Kali ini bancuhan lempeng saya ubah: tepung gandum, tambah sedikit garam, telur, santan kelapa, sedikit air, sedikit baking powder, sikit gula.  Gaul rata dan jangan cair sangat. Akhirnya, masukkan   kelapa parut (kelapa muda) . Saya taruk banyak kelapa parut tu supaya lemak dan wangi lempeng nanti.  Sapu sedikit minyak dengan 'berus' daun pandan pada kuali leper. Ambil senduk, besar atau kecil. Kalau besar, besarlah ukuran lempeng. Kalau kecil, comellah muka lempeng. Jangan nipis sangat lempeng tu. Nanti tak rasa pula. Bakar dan balik-balikan lempeng. Makan panas-panas. Sedap siut you...Habis, gua cakap lu......

4 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.