Ketupat n kuih

Ketupat nasi bersama sambal tumis dan kelapa urap
Bila dibuka daun pisang, inilah rupanya abuk-abuk sagu 
Salam semua.
Teringat nak makan ketupat untuk  sarapan pagi ini. Bukan ketupat Ad**i atau No*a, bukan nasi himpit. Tetapi ketupat nasi yang direbus dalam kelongsong anyaman daun kelapa. (Nota: sampai sekarang tak tak reti-reti nak menganyam kelongsong ketupat nasi!!!). Kalau saya di Kuantan, saya amat merindui ketupat nasi ini.  Tak jumpa. Yang ada nasi himpit dimakan dengan kuah kacang.  Tak semestinya pada hari raya sahaja ada ketupat ini tetapi hari-hari biasa pun ada dijual di warung-warung atau warung 'kereta tolak'. Tapi untuk hari raya lauknya special lah, rendang, serunding. Untuk hari biasa ketupat ini dimakan dengan sambal tumis di tabur dengan kelapa urap (serunding kelapa). Pagi tadi saya makan dua biji. Kenyang! Boleh tahan sampai makan tengahari. Lepas rindu!
Saya beli juga kuih Melayu 2 jenis. Ada orang kata kuih nyonya! Saya suka kuih talam Seri Kaya. Kadang-kadang dipanggil Seri Muka. Kuih ini bawahnya pulut dan diatasnya di serikan dengan bahan macam kaya. Adakalanya warnanya 'kaya'nya hijau ada juga kuning. Begitulah namanya, Seri Kaya, Seri Muka. Rasanya pun lemak, manis. Saya suka juga kuih abuk-abuk sagu. Selalunya abuk-abuk sagu ini di kukus dalam loyang. Tapi yang ini dalam bentuk kon.  Gulanya berkumpul di bahagian atas kon. Bila dimakan saya dahulukan yang bergula. Manis. tapi bila sampai dihujung kon, terasa adunan sagu n kelapa, tawar, lemak!
Begitulah. Ketupat dan kuih untuk sarapan pagi ini.

6 comments:

  1. salam kak nora,
    lama sungguh tak berpeluang menebeng di pintu kak nora...
    sedapnya abuk2.. dah merancang nak buat, dah beli daun pisang lagi...
    malas.

    ReplyDelete
  2. kena lah gaul2kan dulu klu nak rsa semua rasa tu kan kak nora..
    hehhe..
    klu acik makan, acik perabih yang belah ujung dulu...bahagian yang tk manis tuh...yg manis tu, lambat sikit abeh nye..

    ReplyDelete
  3. Salam Hajah Rahmah,
    Buat jangan tak buat.

    ReplyDelete
  4. Salam Acik,
    Yelah Acik, itu cara yang betul untuk daptkan rasa manis, lemak dan masin abuk-abuk sagu!

    ReplyDelete
  5. saya nak abuk abuk lang.....tapi tak tau buat....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.