Herba di laman



Salam to all,
Antara pokok-pokok yang ada  di laman rumah (yang tidak seberapanya)saya di BC ialah pokok hiasan di atas. Nampak tak beberapa  buah nenas mini di antara daun-daun berduri? Pada mulanya saya nak buang saje pokok ini tapi dihalang oleh daun-daun yang berduri tajam. Saya biarkanlah dia tumbuh dengan bebas. Satu hari saya dapat tahu pokok ini (buahnya ) ada khasiatnya. Rupanya ini ialah salah satu specie pokok nenas batu. Gunanya ialah untuk merawat batu karang di pundi-pundi kencing. Buahnya dicuci terlebih dahulu sebelum direbus. Airnya diminum dalam satu jangka masa sehingga batu karang pecah (InsyaAllah). Pecahan kristal batu karang akan 'keluar'  melalui usus saluran kencing. Ada sesiapa yang dah cuba? Nampaknya saya kena belai dan jaga dengan baik pokok nenas batu ini.
Ada lagi tumbuhan herba di laman. Lain kali ye.....

8 comments:

  1. kak nora...selamat malam...
    ala comelnya nenas cinonet tu.. ada rasa macam nenas tak?...
    saya memang suka makan nenas..

    ReplyDelete
  2. Salam hajah Rahmah,
    Tak pernah rasa. tapi jenis ini untuk merawat batu karang.

    ReplyDelete
  3. salam hajah,

    saya pernah ada pokok ni, tapi bila banyak sangat, ditambah dengan duri..lalu saya buang! rupanya boleh buat ubat batu karang ye...

    ReplyDelete
  4. Salam Pn Hjh
    Satu masalah perubatan tradisional ialah kita tidak tahu sukatan (dossage) yang tepat. Kata rakan saya, kenalah bersederhana & berwaspada masa gunakannya. Dia amalkan minum air noni (buat sendiri), paras gulanya merudum turun. Tapi kata doktor air noni itu mungkin penyebab utama buah pinggangnya mogok!

    ReplyDelete
  5. Salam hajah zainab,
    Begitulah kata orang....tak ada pula pesakit batu karang datang minta.

    ReplyDelete
  6. Salam Temuk,
    Apa-apa pun harus berhati-hati mengambil ubat tradisional. Kalau katanya boleh menurunkan darah tinggi, kalau terlalu banyak pengambilan jadi tekanan darah rendah pula.

    ReplyDelete
  7. Salam Cik Nora,
    buah nenas kecil ini biasa juga digunakan untuk hiasan dalam gubahan bunga (fresh flowers design)...dan tanaman pokok-pokon nenas ini cantik dijadikan hisan landscape taman ..tetapi perlu kawsan yang luas sdikit sebab tak sesuai berdekatan dengan rumah.

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan hajjah,
    Will take note. Yhanks.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.