Mambu

Salam 2 all,



Hari ini dapat sambung memblog semula. Sebab? Sudah seminggu CPU demam kena virus, pelbagai jenis. Dia makan semuanya!!!! Sampaikan ikon kat desk top pun dia telan.

Okey, harap tak akan berlaku serangan gelombang ke 2? 3? Ha, ha,.......ni nak cerita tentang daun mambu, gambar di atas. Ada sebatang pokok mambu tumbuh dengan megah di luar pagar rumah. Agaknya Majlis Bandaraya tanam di tepi jalan. Dahan-dahannya masuk ke kawasan laman rumah. Bila daun-daun kering serta buah kecilnya dah berselerak di laman, tugas sayalah yang membersihkannya. Sapu, sapu dan sapu. Tak boleh grumble, berleteh....kerana apa tau. Kerana daun mambu ini rupanya ada jasa kepada kita....banyak...cuba layari kat google, cari khasiat daun mambu untuk semua bangsa di Malaysia. Tapi saya masih ingat waktu kecil-kecil dulu (sekarang masih kecil), bila saya kena demam campak, arwah mak akan ambil beberapa tangkai daun mambu lalu sebat atau kibas-kibas kat badan saya. Sedapnya!!!Kan kena campak badan kita rasa gatal-gatal. Jadi daun mambu ini boleh melegakan 'kegatalan' itu. Atau kita boleh ramas-ramaskan daunnya dan letak dalam air mandian. Mandi. InsyaAllah boleh menjadi penawar. Baru-baru in, sedang saya sibuk menyapu daun-daun kering mambu, datanglah seorang jiran (wanita) minta beberapa tangkai daun mambu. Saya tanya nak buat apa? Katanya "Nak ubat sakit cacau (cacar)"

Lain kali jumpa lagi.....

7 comments:

  1. kak nora,
    selamat bersiaran kembali....

    ReplyDelete
  2. Salam hajah rahmah,
    Semoga tiada siaran tergendala.

    ReplyDelete
  3. acik amat rsa gelabah dan tk tentu arah klu PC rosak...!! huhu..

    Alhamdulillah smua dah ok..
    letak baek punya anti virus dan elakkan dri menggunakan sumber2 yg blh merebakkan virus..

    ReplyDelete
  4. Salam Acik,
    Akak dah letak yang baik punya anti virus, ori. Lega....

    ReplyDelete
  5. Salam Pn Hjh
    Saya baru tanam mambu di tepi rumah. Guna mambu utk ubati penyakit memang banyak, termasuk utk cacau. (Sayangnya tk boleh guna bunuh virus yg serang CPU, hehehe). Ada penternak Islam sekarang yg guna mambu sebagai bahan campuran makanan ternakan ayam. Semoga ramai saintis kaji tumbuhan2 lokal utk hasilkan ubat2 baru, melengkapi ubat2 sedia ada. Pokok mambukah yg banyak ditanam di padang Arafah?

    ReplyDelete
  6. Salam Temuk,
    Trima kasih kerana singgah. Kalau dalam crita kartun boleh agaknya mambu bubuh virus CPU. Betul, mambu banyak di Arafah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.