Saya bukannya tak mau jumpa kawan-kawan nenek.
Saya takut,
Saya tak biasa dengan mereka
Jarang jumpa dan ada yang tak pernah jumpa.
Saya takut nek.
Saya bimbang.
Tadi saya dengar
Kawan nenek kata
"Buat macam dia tak de.
Buat tak tau (kata orang, buat donno)
Tak payah tegur-tegur dia
last-last, dia masuk kain nenek dia, sembunyi"
Nenek ni dah faham perangai saya.
Kalau saya tak biasa dengan seseorang saya akan lari
takut ada, malu pun ada!!!
Tetapi ada juga kawan nenek seorang ini saya biasa tengok,
ada dia jalan-jalan naik kereta sama nenek,
Pernah juga datang ke rumah nenek
Dan saya pun ada ke rumah dia, kawan nenek ini lah!
Nenek ini suka nak bergurau dengan saya
main 'cak-cak' lah (main sembunyi-sembunyi),
gamit-gamit (panggil dengan isyarat jari) saya ..
main 'cak-cak' lah (main sembunyi-sembunyi),
gamit-gamit (panggil dengan isyarat jari) saya ..
Nah, tengok dia photo shoot saya!
Mula-mula saya tak tau, tak sedar gambar saya ditangkap.
Bila saya sedar, mulalah saya slow-slow, gostan sembunyi belakang kerusi
tapi mata mengintai dicelah-celah bilah-bilah kerusi
Nak senyum, saya malu
nampak mata saya?
nenek ni masih lagi nak bergurau dengan saya
dia terus 'kejar' saya
lepas ambik satu-satu gambar
dia tunjuk imej wajah saya.
saya suka, tapi saya masih malu....
saya nak tersenyum. tapi control, nampak mata, cukup
Nenek saya pun kata
"Mari, Rayan, ambik gambar dengan nenek"
Saya bersama nenek saya, Hjh Khadijah Khalil.
Nenek jaga saya dari saya baby lagi.
Saya sayang nenek
Nenek sayang saya.
Bila nak bersurai, nenek bimbing saya,
salam semua kawan-kawan nenek.
salam semua kawan-kawan nenek.
Maaf ye kawan-kawan nenek
semua
Rayyan malu laahh!!
Salam cikgu,
ReplyDeletePandainya Rayyan bercerita!
Dulu ayah cikgu ada kelas bukukan?hehe suami saya tanya..
Salam ju,
DeleteHee hee, mendalami jiwa Rayyan..Betul Ju. Arwah ada toko buku . Kini tinggal sejarah. Suami ju tau ye?
Salam. Seronok lihat kanak-kanak yang malu-malu atau takut-takut tapi tetap mahu intai-intai. Kalau sempat "warming up", mungkin rasa malu-malu atau takut-takutnya itu hilang.
ReplyDeleteSalam kembali. Ada kanak-kanak yang mudah mesra dan ada yang agak pemalu. Elok juga mereka ini jangan terlampau mesra, tau-taulah sekarang, macam-macam boleh berlaku yang membimbangkan ibubapa.
Delete