Mengapa dipanggil 'mak nenek'?
Yang saya tahulah 'mak nenek' adalah gelaran kita beri kepada kanak-kanak khasnya'perempuan yang suka bercoloteh atau suka bercakap banyak tanpa berhenti, banyak soalan (pening orang dewasa melayannya). Selalu kita dengar "Hish, budak ni macam mak nenek" atau "Mak nenek mari sini"
"Mak nenek" selalunya orang perempuan yang berumur, agaknya suka berleter, suka cakap banyak...agaknya lah.
Nah, saya ada sekumpulan kanak-kanak ini, saya gelar mereka "mak nenek' ...tak berhenti bercakap, ketawa, mengusik kawan, berebut tempat hingga saya terpaksa beri arahan suruh berhenti bercakap dan bergurau dan duduk diam-diam sambol menunggu waktu solat.. Mereka kanak-kanak belum matang tetapi harus diberi teguran menghormati masjid dan waktu solat serta azan. Mereka belum lagi boleh menghayati walaupun telah diberi teguran oleh ustazah. Ustazah siap bawa rotan. InsyaAllah satu hari nanti mereka akan mengerti.
Suka bila diambil gambar.
Gambar di bawah
Ini dia mak nenek ku.....
Saya saf pertama, mereka saf kedua
betul-betul di belakang saya.
Mana tak kena tegur
Hisssssh......Tolong senyap
Mak nenek...the restless, usik mengusik
Tapi 'pak datok' tak de pula ek?
Baru perasan....
hari ini
12.12.2012
Baru perasan....
hari ini
12.12.2012
Kak hjh nora...
ReplyDeleteBilakeluar perkataan 'mak nenek' mmg lah terbayang budak perempuan mulut mcm bertih jagung sdg kembang atas api....
Kikikiki.... Senang sebut mak nenek...
Hajah,
DeleteTup...tup...tup...tup...cakap pun macam orang-orang berumur (a.k.a orang tua)hee, hee....itu sebab mak nenek!
salam cikgu,
ReplyDeleteDalam blog Fatin budak medic yg glmour tu pun buat tajuk mak nenek, tapi merujuk dialah tu...
Budak2 memang harus di tegur kalau tak tak makan saman!
Kalau budak-budak perempuan yang becok mulut, mak nenek lah tu. Hari ini, yang ketuanya tak ade. terkawal juga saf kedua tu.Ha, ha....Tapi mereka comel. 'kan Ju?
DeleteIstilah Pak datuk tak ada mungkin sebab kanak-kanak lelaki tak berapa rajin membecok.
ReplyDeleteTemuk,
ReplyDeleteSo says the theory. Begitulah kira-kira. Kanak-kanak perempuan banyak cerita. Kalau yang lelaki banyak bercakap, mereka dikatakan 'macam perempuan'