Cendol Clock Tower

Salam sejahtera semua.
Jom  singgah
warung cendol famous bagi pelancong
di bandaraya Melaka.
Cendol Clock Tower (CCT) atau Cendol Jam Besar
Tempatnya strategik.
tepi Sg Melaka
Setentang dengan mercu tanda, 'jam besar'
dan tempat sejarah yang lain.
Ramai pelancong di Melaka cuti ini
Lihat trafik jam, mereka tak tau ke
susah nak cari parkir kereta musim-musim gini
Semua menuju ke pusat pelancongan.
Jalan sesak sangat.
Naik beca taman bunga aje lah!
Warung CCT pun penuh.
Memang hebat pukulan cendol ini.
Cuaca pula panas.
Jom singgah rasa cendol CCT semangkuk dua.
Nak yang biasa, dengan kacang merah
dengan ais krim....
dengan tapai tak de...
Kami pun 'join the crowd' membawa
tetamu kami hujung minggu lalu
dari kanan.. Naimah, Hendon,Noraini
rasa nikmat cendol  bersama aiskrim
coklat dan strawberry
Dua mangkuk lagi dah selesai.
Inilah tetamu kami
Cik Mek Molek KB.
nanti datang lagi, kita menyusur sungai pulak ye.
Tapi jangan datang waktu cuti.
Anda sendiri telah mengalami
'jam 'nya bandar Melaka
musim cuti!

Naimah tertarik dengan kolam
ikan koi
Satu lagi tarikan pelancong (peminat tegar lah)
Hard Rock Cafe
Coming soon to Melaka
seberang Cendol Clock Tower

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak hajah nora...
    melaka memang sentiasa sesaklah sekarang ni...
    dulu masa saya masih tinggal di melaka, okay lagi.. sekarang dengan dataran pahlawannya... lalulintas disitu memang dah selalu sesak..

    ReplyDelete
  2. Dahulu Melaka 'sleeping hollow' sesuai untuk orang pencen. Kini 'Disneyland Melaka style' meriah khasnya waktu cuti dan hujung minggu. Kami di Melaka kalau boleh tak keluar rumah pada hujung minggu. Menambahkan kesesakan di jalanraya yang sempit.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.