Masih kau ingat?

Dah besar budak-budak ni. Ooops dulu bolehlah panggil budak. Sekarang..belia remaja. Enam  tahun dahulu mereka adalah pelajar saya. Bukan di sekolah tetapi di pusat tuisyen, e-pembelajaran. Adik beradik ini semuanya bersekolah di madrasah/tahfiz
dari sekolah rendah  hingga sekarang.
Lihatlah mereka.
Dulu cikgu tinggi daripada mereka.
Sekarang mereka dah overtake cikgu!
Cuti sekolah, mereka bantu di kedai makan keluarga.
Nak tahu di mana?
(Hai promosi lagi)
Di Asam Pedas Selera Kampung
berhampiran Menara Taming Sari.
terima kasih masih  ingat cikgu
Mari bergambar bersama 'teacher'

Farhan (tengah): Cikgu, kelas tuisyen ada lagi?
Saya: Tutup dah, awak semua tak de...cikgu pun tutup kedai....Masih belajar Bahasa Inggeris?
Farhan: Ada belajar sikit-sikit.

Semoga anda adik beradik menjadi anak yang soleh dan soleha
Aamin......



8 comments:

  1. Mereka bertambah dewasa menanda kan kita ni dah bertambah oldies...hehhee

    ReplyDelete
  2. Kak hajjah nora..
    Mmg saya pun sering bahasakan yg muda2 tu budak bila cerita dgn suami... Suami selalu betulkan... Itu bapak/mak budak lah.... Sedap mulut sbb kita perhati mereka dari kecik, kan?

    ReplyDelete
  3. Dak Senah, Dak Jah, Dak Kimi...panggilan selalu dengar di Melaka walapun 'dak' tu dah besar panjang. Hara[ hajah sohat.ye

    ReplyDelete
  4. Suka tgk cikgu di mana2 mesra!

    ReplyDelete
  5. Seronok jumpa bekas pelajar yang masih ingatkan kita. Camne, cikgu dapat diskaun tak bila beli asam pedas?

    ReplyDelete
  6. Salam.
    InsyaAllah ada diskaun untuk cikgu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.