Paprik ke Kari

Hari ini rasa-rasa nak makan nasi paprik, kata JY.  Sebenarnya, JY sedang beransur pulih daripada 'bencana badan' (pinjam istilah Prof MKI dalam ceramah Motivasi pagi  Ahad yang lalu).
.
.
Okey....bahan-bahan  untuk paprik ada kecuali serai,daun limau purut, buncis,cili api, sos tiram.
Sementara dia  ke T***s M***a untuk dapatkan bahan tersebut, saya pun siap-siaplah bahan yang ada...potong kecil daging ayam, bersihkan udang,hiris bawang besar, ketuk bawang putih, hiris karet, bunga kubis, buah tomato. Siap sedia sos tomato, sos cili. Bakar belacan.Nasi paprik sedap kalau ada sambal belacan. Masak nasi.

...tunggu.....

Balik aje dia...nampak ada kari kepala ikan dan masak lemak putih daun turi. Bahan-bahan yang disenaraikan ada juga (ada tambahan sayur lain lagi yang tak ada dalam senarai). Roti canai segera pun ada.
.
.
'Nampak kari kepala ikan, teringin pula. Simpan ajelah bahan-bahan paprik tu, Esok masak'.
SYMP...... mereka di jabatan kerajaan taulah..SYMP apa dia.
Selamat masak :)
.
.
.
.
Memang sedap  kari kepala ikan Pak Sheikh. Menyengat sedapnya. Itu sebab lauk ini popular di warung beliau. Lebih sedap daripada paprik. Tapi saya tak boleh masak sesedap masakan Siti anak Pak Sheikh. Tak pandai. Masak lemak turinya pun sedap. Oh,..sambal belacan mesti ada.
.
.
Esok breakfast roti canai dengan kari. Kepala ikan dah habis. Tinggal kuah aje.
Kari kalau simpan bermalam, sedaaaap!!!!
.
Paprik? Esok aje lah. InsyaAllah, khuatir tukar menu lagi.

12 comments:

  1. Salam sejahtera cikgu,

    Moga dlm bahagia...
    Saya pun suka kepala ikan kari, tapi harganya mahallah 60,70 ringgit.
    Pernah sekali cuba , belilah ikan kat pasar borong, masa masak tak perasaan, bila nak makan rasa ikannya agak busuk...langsung tak de selera!
    Saya tak pandai masak paprik, wah, bahannya byk ya..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cikgu,
    Salam kenal dari tirana aduka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kembali, TiranaAduka...klasik nama tu.

      Delete
  3. Ju,
    Memang mahal harganya. Sekali sekala bolehlah. Tak semestinya bahan paprik sebanyak itu. Ikut pilihan kita.Pandai-pandailah Ju google cara masak pakrik.

    ReplyDelete
  4. Maaf nak tanya (malu pun ada). Daun turi tu daun apa? Cemana rupanya?

    ReplyDelete
  5. Alang,,saya suka masak kari dan makan kari..kalau dengan kepala ikan ,suka pakai kepala jenahak...tapi lepas makan,bau kari kat tangan susah nak hilang...kan kan kan..

    daun turi ropa nya macam ni zieazah http://www.petuanenek.com/wp-content/uploads/2012/06/daun-turi-300x225.jpg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zah,
      Pak Lang suka sangat kari kepala ikan,khasnya yang dimasak oleh anak Pak Sheikh tu. Kari lain dia tak suka. Tak pula Alamg bau tangan sudah makan kari. Tapi kalau dah kari, tak cuci bersih tangan, melekatlah baunya. TQ Zah beri info tentang daun turi.

      Delete
  6. asam pedas pun kalau semalaman lagi sedap..

    ReplyDelete
  7. Cucur bawang cicah masak asam pedas best

    ReplyDelete
  8. Sedap, tentu kari baru!

    Teringat pula puluhan tahun dulu, bila singgah untuk makan di kedai seorang mamak, bila ditanya pasal umur karinya, dengan betul bendul si mamak menjawab, "Barulah, abang... baru 2 hari!"

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.