Berjimatlah

Dari  restoren D'Cawan

Kalau suami tiada di rumah

Mee Bandung Muar                         RM3.50  (untuk makan petang)
Seekor ikan kerisi  saiz S                 RM 3.50  (untuk makan tengahari bersama nasi)
Setengah keping ikan tenggiri         RM 3.00  (tak jadi makan, simpan dalam fridge)
RM10.00????
Dalam hati.....eee..mahalnya. Tiba-tiba terbayang mereka yang berkeluarga besar... dan pendapatan tak seberapa.

Esok pagi......ikan tenggiri ku jadikan bahan Nasi Goreng Ikan.


Dari  D'Oasis pula
Nasi Dagang                                            RM5.00           (untuk brunch, breakfast lewat)
Singgang Ikan tongkol (ikan aye)           RM10.00          (kesukaan JY)
Gulai Ikan Patin                                       RM10.00         (saya suka ikan patin)

Wow!! RM25.00!!
Yang habisnya, nasi dagang, ikan patin sekeping, and the rest masuk fridge. Sebab? Ada orang tu bawa balik kari kepala ikan lagi!  Kari kepala ikan mengatasi singgang!!

Nasi Dagang Oasis, best tau

Untuk makan tengahari hari ini, saya nak masak mee sup, guna mee lidi. Mee lidi ialah mee kering yang tak menggunakan kapur.
.Bahan-bahan dah siap, blog dulu!
Untuk makluman  Cawan dan Oasis, dua buah restoren di Kuantan, hampir dengan rumah saya.

2 comments:

  1. Kalau nak lagi jimat....kita puasa aje! Juadah tu buat untuk berbuka!!!

    ermmm...kalau saya terkekuantan, tokeh restoren tu boleh tunjukkan umah kak nora??? Cadang nak singgah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cg Ahmad Humairi,
      Satu cadangan yang baik,dapat pahala berpuasa.Maaflah, tokeh restoren tu tak kenal saya pun.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.