Pokok buluh ku : dulu dan kini

Masa mula ditanam
tahun 2010

Rumput menghijau,
buluh masih 'anak-anak' muda
Tujuan barisan rumpunan buluh melindungi pancaran sinar matahari petang
dan landskap ala-ala Jepun.

Tengoklah sekarang
tahun 2012

Tanah gersang, rumput hijau dah hilang
Pokok dah meninggi
Daun-daun kering buluh menutupi tanah
lalu rumput mati.
Buluh-buluh perlu di trim supaya kemas.
taklah tercacak sana sini
 takut-takut tercucuk mata atau hidung.

Agaknya sudah diberi tugas olehNya
aku exercise, menyapu daun-daun kering buluh
supaya badan berpeluh, badan sihat.
Rutin ini aku lakukan bila melihat daun-daun kering
menutupi laman yang dulunya hijau,
kini kering berpasir.
Namun rumpun buluh dapat melindungi sinaran matahari petang.
Bukan landskap ala-ala Jepun yang jadi
sebaliknya  ala-ala kampung gitu.


6 comments:

  1. mana pergi nya sang rumput tu..merajuk ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ditutupi daun buluh kering, maka matilah dia perlahan-lahan. Tinggal tanah berpasir, alahai berpeluh menyapu.

      Delete
  2. salam sejahtera cikgu

    Ni baru berangan nak beli buluh, tapi nak tanam dlm pasu..
    Terpesona tgk buluh, nampak cantik beratur tepi pagar!

    ReplyDelete
  3. Cantik! Jelas rumpun-rumpun buluh itu subur. Bertambah pokoknya, bertambahlah daun keringnya, dan bertambahlah peluh si pembersihnya (tapi si pembersih jadi sihat!). Teringat pula saya akan buluh kuning berpalit hijau yang cantik+subur di tepi rumah yang terpaksa saya pupuskan kerana tak tahan nak jaga.

    ReplyDelete
  4. Temuk,
    Dalam sibuk menyapu daun, ada saya terfikir juga nak hapus pokok-pokok buluh tersebut. Tetapi baru sangat usianya. Tunggu bila dah jemu dan tak tahan lagi menjaganya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.