Lempeng Pekak KakRose.
Nampak memang simple 'as easy as ABC'. Kak Rose pun tak tahu mengapa 'pekak' .
Untuk sarapan pagi Jumaat, saya tak sabar-sabar nak buat lempeng yang mudah ini.
Tetapi ukuran cawan saya ialah cawan periuk nasi untuk 2 orang itu, Cawan kecil dan comel. Jadi satu cawan comel tepung gandum di tambah air satu cawan setengah, sedikit garam. Tengoklah adunan tak pekat dan tak cair.Putar atau kacau hingga adunan sebati. Biarkan lebih kurang 10 min. Sambil tunggu ia sebati dan mengembang, buatlah sambal tumis ikan bilis. (Sedap dimakan dengan sambal tumis) Sudah masak sambil tumis, panaskan kuali leper. Lenserkan minyak masak pada kuali, biarkan ia panas sebentar. Lalu ambil satu senduk adunan tepung dan lenser atas kuali panas tadi. Bulatkan biar sama rata.Bila dia ada'bubble' dan tepi keras,, terbalikkan. Nampak dah kuning keemasan , lipat dua atau biarkan dia sekeping-sekeping.Nah...dah siap Lempeng Pekak Kak Rose . Untuk sukatan cawan comel tu, dapatlah 3 keping.
Makan 2 keping dah kenyang, tak pekak pun! |
Terima kasih Kak Rose.
hahah..kelakar betol nama dia..
ReplyDeleteYe lah, mengapa 'pekak'
Deletesalam sejahtera cikgu,
ReplyDeletewah nampak senang je kan, nanti2 teringin juga nak buat.
tkasih bg link adam tu..
Mudah sangat, hanya tepung dan air. Mama ju pun suka tengok Adam dan Hawake?
Deletekak nora, lempeng bisu ada tak?haha..
ReplyDeleteAda ada aje ibundo.
ReplyDelete