Kepala lembu
Petugas-petugas sedang melapah kepala lembu
Nak masak apa kepala lembu ini?
Saya tak pernah makan !!
Lalu saya google
Oh oh oh rupanya
boleh masak
Asam pedas Kepala Lembu
dari sariyusa.blogspot.com
juga
Rendang Kepala Lembu.
Sila ke
zamzarinazambri.blogspot.com.
Seperti juga kepala ikan, kepala lembu berharga juga. Satu kepala boleh dijual sekurang-kurangnya RM80.00. Tetapi ,kalau kepala ikan boleh dihidangkan 'bulat-bulat' begitu, kepala lembu kalau nak masak kenalah di 'katok-katok' dahulu. Ah, dalam kepala lembu ada otak. Peminat otak lembu gemar masak gulai lemak cili api ataupun masak kari. Otak lembu banyak kolestrol, so hati-hati. Satu lagi bahagian di kepala lembu ialah lidah. Lidah lembu boleh masak merah, masak licap, dibakar, digoreng, dicicah. Tetapi, minta maaflah, saya tak makan bahagian-bahagian di kepala lembu ini. Daging lembu pun saya cuba elakkan.
Anda bagaimana,, peminat kepala lembu?
salam sejahtera cikgu
ReplyDeletesaya baru pertama kali tgk lembu ditumbangkan.kepala kami beri tukang bawa kereta sorong, kaki pun...
saya tak terfikir mcmmana kepala lembu boleh dibuat mcm2, hee tak pandai saya..
Salam Ju,
DeleteSaya pertama kali tengok kepala lembu 'tersidai' begitu.
As-salam Hjh Noralenna
ReplyDeleteTemuk minat semua bahagian lembu dalam keadaan asalnya, hidup! Temuk dulu-dulu suka membelanya dalam kuantiti yang kecil, seekor dua. Tapi tak minat memakan mana-mana bahagian tubuh badannya, sampai sekarang. Setahu Temuk, kepala lembu juga mengandungi banyak daging. Orang kata ada lebihkurang 10kg daging pada satu-satu kepala lembu. Mungkin jenis lembu yang besar kepalalah tu!
Salam,
DeleteMemang selalunya yang dibela dan diberi makan, kita sayang. Apalagi bila disembelih, makan pula dagingnya. Tentu kita tak minat. Kata mereka daging lembu bahagian kepala, lembut. Saya tak minat.