Menunggu di terminal

Satu pagi di terminal bas Makmur.
Tunggu di platform 5 bas ke Melaka sudah 15 minit. Bas sepatutnya datang jam 8.45 pagi.
Mana dia bas ni dah jam 8.45,. Penumpang, termasuk saya, dah mula bosan. Penat berdiri sebab tak ada tempat duduk di platform ni. Mata asyik memandang  ke arah jalan utama.

Ha...dah pun tiba Sebuah bas syarikat yang sama berwarna keemasan  perlahan-lahan masuk ke parking bay platform 5. Penumpang suka, lega, perlahan-lahan jalan ke arah bas yang dah pun buka pintu masuknya. Tapi...jangan salah naik, jangan tak baca laluan destinasi bas ini. Bukan bas yang sepatut naik. Bas ini ke tempat lain. Bawa kita ke Ipoh, padan mula.


Nampak selonggok bag dekat tangga? Ada ke seorang bapak tu minta saya tengok-tengok beg dia "Saya nak ke tandas sebentar"

Tunggu lagi. 15 minit berlalu. Bas tadi sudah berlalu. Tak ade penumpang baru naik.


Nampak dari jauh. Sebuah bas lagi menyusur masuk ke platform 5. Warna kelabu.
Baca betul-betul.


Barulah bas kita. Penumpang lega. Mujur bapak yang ke tandas sempat sampai.
'Bas ni ke Melaka ye, jangan salah naik'  pemandu beri ingatan.
Ter 'kedik-kedik. tersiut-siut' bunyi bas. Banyak skrew dah longgar.  Bas dipandu laju. Tapi nampak pemandunya berhati-hati.
Bas berhenti di Muazam dan Segamat untuk mengambil penumpang dan untuk rihat bagi yang mahu.
'Bas henti 10 minit' kata pemandu. 'Siapa lambat tinggal.'

Oh boleh pula. Tadi dia lambat tak ambil hal.
Tapi tak pe, syarikat bas ini beri potongan harga untuk para pesara.

Di terminal Segamat, tertarik dengan




Jom kita 'tea story' segelas!
.

4 comments:

  1. salam cikgu!

    Saya kdg2 naik bas juga. tapi saya ni kdg nak ke toilet je. hehe pemandu marah kalau ada penumpang nak mintak ke situ!hehe doa supaya pemandu nak ke toilet, barulah boleh tumpang sekaki!

    ReplyDelete
  2. Ju,
    Mujur bas yang saya naik ni singgah di Muazam dan Segamat. Ada syarikat bas express ke destinasi. Tak singgah. Kesian penumpang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.