Terbengkalai

Salam, salam, salam.
Makcik blogger di Klang tidak keseorangan patah kaki. Bila patah kaki maknanya kita terpaksa menjadi alternatif supaya 'hidup mesti diteruskan'. Kenalah buat penyesuaian atau readjustment. Kami (saya dan kakak) patah kaki juga , makcik blogger.
Mula-mula kipas siling buat hal. Bila putar, berbunyi...nyet..nyet...nyet... kalau irama muzik, tak apa juga.....ini bunyi yang menyakitkan telinga. Bearing dia rosak. Kena ganti dengan kipas baru. Sampai sekarang belum lagi dicari ganti. Guna dahulu kipas lantai (mengantuk bila mata ditiup angin!).
Keduanya, mesin basuh yang saya rasa baru beli (kira-kira 3 tahun yang lalu, yes, ada orang tu, mesin basuh dia dah lebih 20 tahun, masih on lagi!!!) buat hal. Dapat buat peringkat satu aje...cuci... Bila dia pusing waktu spinning , dok...dok...dok...dok...dia memekak. Cepat-cepat lari ke mesin untuk keluarkan baju yang belum berapa bersih bilasnya. Apa hal? Agaknya wire di gigit Cik Menti yang suka berkeliaran waktu malam. Dah lah tersangkut kerja mendobi. Kenalah bilas kain secara manual :-(.... Belum lagi cari pengganti.
Ketiga, salah satu paip air bocor. Paip pula tanam bawah tanah bukan atas seperti biasa. Dah lah bil bulanan melambung ratusan (selalu tak sampai tigapuluhan). Nak di baiki, melibatkan pula bahagian lain. Banyak belanja tu! Jadi, bila waktu off-peak, tutup atau kunci main tap, selalunya waktu malam. Senja, tutup main tap, pagi 'on' kan semula. Bila tak perlu air, tutup. Kena simpan air juga. Reserve air. Mujur rakyat jelata di ruma BC tak ramai. Ada catuan air nampaknya. Jelas ada penurunan jumlah bil air bulanan.
Seterusnya, menyapu halaman rumah. Itu tugas saya setiap pagi atau petang. Kerja yang tidak mendatangkan hasil (siapa kata? kan exercise tu?). Sapu daun kering, gugur lagi..Sekarang terhenti. Sebab, kedua-dua penyapu setia dah 'bersara'..longgar...kejap-kejap tercabut lidinya. Sekarang halaman rumah penuh dengan daun-daun kering 'potpourri'. Tangguh lah kerja bersih laman rumah. Ah, kena tunggu Pak Jalil, tukang mesin rumput untuk baiki semula penyapu-penyapu tersebut.
Hai....macam-macam.....

16 comments:

  1. Salam KAK NORA..

    itu macam putaran kehidupan juga ler..
    ada kala semua merudum..
    ada kala semua menyeronokkan...

    bila dah semua sempurna, takda cabaran, tak thrill plak, kan?

    ReplyDelete
  2. Wah, cepat Azie singgah rumah akak. Ni tentu tak de kerja. Betul, dik, semua yang berlaku ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  3. salam kak hajah nora,
    benda kalau nak rosak... selalu gitu.. jadi lepas satu, satu...
    kenalah selesaikan jugak nampaknya...

    ReplyDelete
  4. Terpaksa juga. Akak baru lepas cuci kain, manual, macam dulu-dulu.

    ReplyDelete
  5. kakpah dah macam terbiasa dengan kerenah benda-benda yang menuntut kita mengeluarkan belanja ni. Bila satu rosak, berjangkit2 dengan yang lain. Orang kata dah memang duit nak keluar.... ada saja yang tak kena.

    ReplyDelete
  6. salam hajah,

    fuuuuh! penatnya jika kena buat secara manual segala benda yang kita biasanya dibantu oleh mesin.

    ReplyDelete
  7. Salam hajah kakpah,
    Kalau tak rosak, tak ada chance nak merasa yang baru.

    ReplyDelete
  8. Salam hajah zainab,
    Sekali sekala tak apa, tapi tahulah seksanya mereka yang tiada bantuan mesin urusan harian.

    ReplyDelete
  9. mesin basuh saya pun buat lagu masa spin...saya kata lantak ko laa..malas nak tgk dah....

    ReplyDelete
  10. Ezza,
    Alang ketawa sendirian...lagu apa agaknya?

    ReplyDelete
  11. Salam Hjh
    Paip pecah wayar diratah
    Saya perbaiki agaknya bolehkah
    Mudah saja cara mengupah
    Asam pedas siikan merah.

    ReplyDelete
  12. kalau washing machine 'berketuk' maknanya masih berfungsi..jangan salahkan cik menti...mungkin sesendalnya off position.

    kipas berlagu 'nyet,nyet..' dah tau bearingnya wat hal...tuka spare-partsnya yang tujele...leh kurang belanja..

    halamak, paip ayo boco!!! xlehle nak arapkan ayo ujan musim panas nih...akak leh arapkan abang Temuk...

    ReplyDelete
  13. Ini jawapan untuk pantun Temuk.

    Air kelapa di dalam koleh,
    Bila diminum jangan gapah.
    Temuk baiki sudah tentu boleh,
    Lebih asam pedas ku beri upah.

    ReplyDelete
  14. Salam Hjh
    (juga tumpang salam utk Cikgu Humairi yg rekomen tu!)

    Tawaran nak repairkan tu eksyen saja. Tukar mentol lampu pun terkial2. Tak repair, miss lah asam pedas. Kalaulah dapat asam pedas tanpa kerja, lagi cantiklah hidangan & selera!

    ReplyDelete
  15. Salam Temuk,

    Alahai Temuk merendahkan diri
    Takut-takut kena perli
    Nak asam pedas mudah sekali
    Nanti ku buka buku resepi
    Pilihlah yang mana berkenan di hati
    Sambal belacan, sayur, ikan kering sekali.
    ( 1 set asam pedas tu...)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.