Kalio Ayam

Salam hujung minggu.
Pagi tadi teringin nak makan kalio.
Kalio ialah masakan gulai (semi rendang) kesukaan kami.
Lihat imej rupa kalio.
Maaf, ye, selekeh sikit, baru dipindahkan dari kuali.
Masih hangat!!


Moh, saya kongsi resepi dengan anda.
Saya cuba ingat kembali apa saya buat tadi
(maklumlah, masak once in a blue moon!)
:
:
:
Seekor ayam (atau 1 kg daging)
Santan (dari 1 biji kelapa, lagi sedap)
(saya guna 1 kotak santan MS, tanpa kolesterol, kononnya)
150 gm cili giling (lebihkan kalau suka pedas)
(nak pedas lagi? Cili padi jawabnya)

Kisar,
8 butir bawang merah
4 butir bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas (saya ketuk aje)
1 cm kunyit hidup

Sediakan,
1 helai daun kunyit
1 helai daun salam (saya beli 50 sen, banyaknya!)
5 helai daun limau purut (tanaman sendiri)
1 batang serai (diketuk)

Cara,
Tumis bahan kisar hingga harum baunya
Masukkan cili
Gaul rata supaya tak berkerak.
Bila garing dan keluar minyak,
Masukkan pula segala daun, serai
Kacau dan kacau.
Masukkan ayam/daging
Gaul rata, kacau lagi supaya sebati ramuan dengan bahan utama.
Masukkan santan..... kacau
Kalau suka masukkan ubi kentang
(sebiji dibelah enam supaya mudah empuk,ye)
Saya masukkan 2 biji
(tapi kalau dapat 'baby potato, lagi best)
Masak hingga keluar belon meletup-letup menari-nari,
(awas letupan percik kat tangan)
hingga kentang empuk, santan agak pekat, bahan utama masak.
Jangan sampai gulai kering (nanti jadi rendang pula!!)
Jangan lupa rasa masin dan manisnya (sedikit garam dan gula)
:
:
:
Kalio ayam/daging enak dimakan bersama nasi atau roti.
tetapi....
kalau ada keropok malinjau (yang keras pahit tu),
ada pergedil,
ada sambal hijau atau sambal belacan,
sedapnya, laju nanti makan tengahari.
:
:
(Terima kasih, mak, wariskan resepi kalio kepada kami!)


14 comments:

  1. Waaaahhhh....;-) hehehe nanti cucunda Nek Lang datang seraaang!!! haha

    ReplyDelete
  2. salam kak hajah nora,
    terima kaseh kongsi resepi dengan kami. nak cuba. rasanya masa sekolah menengah dulu, pernah makan kat rumah kawan. sedap...

    ReplyDelete
  3. Salam hajah,
    "Riadah' yang dulu -dulu jarang sekali buat.

    ReplyDelete
  4. Salam Hajah Rahmah,
    Pasti sedaap!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Kak NORA..

    resipi orang lama nih, gerenti sedap punyerrrr....:D

    ReplyDelete
  6. Salam Azie,
    Setuju benau-benau.....

    ReplyDelete
  7. wow.. memang sedap dan mengancam. Boleh pegi serang ni.....

    ReplyDelete
  8. awak pun urang minang, sambal balado tigo ampat kali saminggu... tapi kalio tak minat sangat!! :)

    ReplyDelete
  9. wah..banyak nya orang awak kek sini....hidup minang!

    ReplyDelete
  10. Salam Hajah,
    Bila ye, orang BBB nak serang orang BC?

    ReplyDelete
  11. Salam MHB
    Kedua-dua juadah tu menjadi kesukaan kami.

    ReplyDelete
  12. Salam Ezza,
    Ha...hidup orang awak!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.