Hilang gelap

Salam bahagia.
Hilang gelap, timbul terang. Tukar lagi langsir 'rumah' (langsir rumah sebenar belum ganti-ganti). Masih lagi pilih 'polka 'dot', corak yang tak dimakan zaman...evergreen...Ini yang termudah dan termurah, dah lama offer kat template. Tengok 'langsir' rumah ' saudara mara siber' bukan main canggih lagi, bercorak-corak, berwarna-warni. Ingin sekali nak tukar langsir seperti mereka tetapi belum-belum lagi. My 'supposed-to-be designer' ajak ke 'PYZAM' nak pilih 'kain' dan 'pattern' yang sesuai dengan jiwa pengisian rumah saya. Kita ni pun tak adventurous, nak singgah 'kedai 'sana sini untuk explore apa yang ada. Taklah saya tahu di PYZAM banyak pilihan, buat kita susah buat pilihan yang tepat. Ada 'kedai' lain kita boleh singgah ke? Yang ada di PYZAM ini pun dah buat rambang mata. Pilih punya pilih, okey, dah dapat satu yang sesuai. Dah cuba ' jahit' tinggal nak 'pasang' sahaja tapi, ooopppsss, projek terbengkalai. Bukanlah, tersangkut!!! My 'designer' not sure proses memasang 'langsir' . Yalah kerja jarang-jarang dibuat, mudah lupa. Tak apalah biarlah saya dengan 'template' polka dot saya yang light, light ni. Esok-esok jemu, tukar lagi....kan saya tak ade kerja....selamat berhujung minggu :=)

6 comments:

  1. haha.. memang cerah betul ni...

    ReplyDelete
  2. salam,

    latar yang cerah boleh dipadan dengan apa jua warna yang kontras...jangan yang cerah jugak nanti berpinar bijik mata

    ReplyDelete
  3. salam hajah,

    suka hatilah nak pakai langsir apa2 pun...janji blog sentiasa update!!

    ReplyDelete
  4. Salam hajah kakpah,
    Secerah hari siang.

    ReplyDelete
  5. Salam En Ahmad,
    TK atas nasihat.

    ReplyDelete
  6. Salam hjh Zainab,
    Nak update kalau ada story yang baik punya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.